22 December 2010

Melastik ke Bintang

Siapa yang akan menang?

GAJAH sama gajah bertarung, pelanduk mati di tengah-tengah. Mungkin itulah peribahasa yang paling tepat untuk menggambarkan situasi kami ketika ini.

Di antara kedua-dua gajah tersebut, yang mana satu paling hebat, sekali gus akan memenangi pertarungan itu? Sukar untuk membuat ramalan kerana kedua-dua mereka mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.

Begitupun sekiranya pertarungan ini berlanjutan sehingga ke masa kecederaan atau ditentukan dengan penentuan sepakan penalti, peluang untuk menang adalah 50-50.

Pada masa itu, strategi atau formasi tidak lagi diperlukan. Sebaliknya, kekuatan mental bakal menjadi senjata pemusnah.

Bagi kami, kami tidak berminat untuk mengetahui siapa yang akan menang kerana situasi itu langsung tidak mengubah nasib kami. Rutin harian kami tetap sama. Bebanan dan cabaran yang bakal dipikul juga adalah sama.

Cuma, kami berharap pertarungan itu ada kesudahannya. Kami tidak mahu lagi tersepit di tengah-tengah. Setakat ini, kami masih mampu bertahan tetapi kami tidak tahu sampai bila tahap kesabaran ini boleh bertahan.

Rumit sungguh situasi ini. Silap-silap perkara ini akan bawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk diputuskan.

Bagi aku, aku tidak sesekali akan menyokong calon Barisan dan aku juga tidak akan menyertai Perikatan. Kedua-dua parti ini mempunyai ideologi yang sangat berbeza.

Siapa yang memperjuangkan sosialisme, kapatalisme, komunisme, autoritarian, demokratik dan sebagainya.

Aku perlu menubuhkan sebuah parti baru yang tidak memihak kepada mana-mana parti tersebut. Sudah tentu, ideologi aku cukup mudah. Keseimbangan, keadilan dan keharmonian.

Itu yang lebih penting daripada memperjuangkan kepentingan peribadi masing-masing.
 
Berapa jauh harus kembara
hingga bisa temu jawapan
berapa kali mahu kecewa
sebelum kita berjaya

Berapa puncak harus didaki
sebelum sampai hajat di hati
berapa kali mesti tersungkur
sebelum sanggup berlari

Cakera waktu
deras bagai bersayap
menggugat tekad semangat
kita yang ingin
mencari satu kepastian

Walau tipis harapan menang
namun kita mesti berjuang
kerana tiada yang mustahil
biarpun melastik ke bintang..

 Dengarkan teman jeritan sanubariku
semoga bangkit kembali
kita yang ingin menjulang impian silam..

dengarkan
Melastik ke bintang
biarpun melastik ke bintang ke bintang

07 December 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432H/2010M

Masjid Nabawi merupakan sebuah masjid terpenting bagi umat Islam yang terletak di Kota Madinah, Arab Saudi

SEMOGA iman dan amalan kita bertambah mantap, perjuangan menegakkan syiar Islam digandakan seiring dengan peredaran zaman yang semakin mencabar ini.

Kalau ikut tarikhnya, 1 Muharam 1432 atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun baru dalam kalendar umat Islam ini jatuh pada hari Selasa bersamaan 7 Disember 2010.

Semoga tahun depan menjadi lebih baik dari tahun ini. Ia merupakan satu permulaan untuk ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran.

Jadikanlah hijrah yang sebenar seperti hijrah nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.

Maal Hijrah atau Hari Awal Muharram merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.

Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara.

20 November 2010

AKU DAH BOSAN

Beri aku tanda bilakan berakhir
Mainan silapmata
Tangan seni tukang sihir
Aku dah bosan, Aku dah bosan, Aku dah bosan
Melayani nafsumu…

Kau sedang tertawa
Bermain benangmu
Sedang maharani menangis
Menonton kisah penyu
Aku dah bosan, Aku dah bosan, Aku dah bosan
Melayani angan-angan mu
Aku dah bosan, Aku dah bosan, Aku dah bosan
Melayani angan-angan mu…

Kau masih bermimpi
Bersanding di pelamin
Duda tiga kali
Masih nak jadi pengantin
Aku dah bosan, Aku dah bosan, Aku dah bosan
Melayani wayang mu..
Aku dah bosan, Aku dah bosan, Aku dah bosan

Perlu perubahan perlu keadilan
Perlu memahami erti keindahan
Kurangkan cengkaman
Jangan pergunakan
Semoga aman

Aku dah bosan, Aku dah bosan, Aku dah bosan
Melayani angan-angan mu
Aku dah bosan, Aku dah bosan, Aku dah bosan
Melayani wayang mu

Perlu perubahan perlu keadilan
Perlu memahami erti keindahan
Kurangkan cengkaman
Jangan pergunakan
Semoga aman

Sedang maharani menangis
Menonton kisah penyu
Aku dah bosan, Aku dah bosan, Aku dah bosan
Melayani wayang mu
Aku dah bosan, Aku dah bosan, Aku dah bosan
Melayani wayang mu

Perlu perubahan
Perlu perubahan
Perlu perubahan
Perlu perubahan
Perlu perubahan ....

10 November 2010

TAHNIAH BUAT RADIAH

DARI kanan, Fadzly, Drahman, Mustapa, Norzasrudin, Azizul Fahmi, Khadijah, Radiah dan ...

PATAH tumbuh, hilang berganti. Itulah yang berlaku pada setiap tahun di akhbar kompak, Kosmo!.

Mulai Januari 2011, unit sukan bakal kehilangan seorang lagi rakan.

Kali ini, giliran Radiah Saori pula untuk meninggalkan kami. Radiah antara wartawan yang menjadi pelopor di unit sukan ini bakal pulang ke kampung halaman dan dia akan memulakan tugas di lokasi baru iaitu di Johor Bahru pada 1 Januari ini.

Sejak enam tahun lalu, unit sukan ini telah melalui banyak proses peralihan. Ada yang mengambil keputusan untuk berhenti, berpindah dan dipindahkan.

Setakat ini, hanya Azizul Fahmi Ahmad Zabidi yang masih mampu mempertahankan ‘kerusi’ di unit sukan ini. Lain-lain wartawan telah ramai yang membawa haluan masing-masing.

Manakala aku diberi peluang kedua untuk berada di unit ini selepas ‘ditendang’ ke Terengganu selama setahun pada tahun 2009.

Manakala kami juga kehilangan khidmat Khadijah Mohamad Nor yang berpindah ke unit rencana, Mustapa Lakawa dan Hafiz Abbas dinaikkan pangkat menjadi penolong ketua biro masing-masing di Terengganu dan Pahang.

Selain itu, Mohd. Fadzly Desa dan Drahman Baharun mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat ini.

Ada beberapa lagi nama yang pernah ‘menimba ilmu’ di unit sukan ini seperti Yasmin Raman, Norulzela Rahim (praktikal), Salmi Fasliena Othman (praktikal) dan Tajul Ariffin Abu Hassan (praktikal).

04 November 2010

BERLARI KE BELAKANG

SELFISH… Aku rasa, tahap kesabaran aku dah sampai kemuncaknya. Kalau macam ini lah cara kita bekerja, sampai bila-bilapun kita tak akan maju. Orang lain semuanya bergerak ke hadapan tatapi kita berlari ke belakang.

Hari ini, ada beberapa perkara yang mengecewakan aku. Paling menyakitkan hati apabila aku melihat jadual kerja untuk bulan November ini. Langsung tak ada ruang untuk kami mempertahankan diri.

Yang pertamanya, seperti sedia maklum, sempena hari Deepavali esok, kita akan tutup awal. Perkara ini telah diketahui sejak daripada minggu lalu lagi. Tapi sampai malam ini, aku langsung tak nampak perancangan untuk menghadapi situasi itu. Nasib lah siapa yang kerja esok.

Kedua, Sukan Asia 2010 hanya akan membuka tirainya pada 12 hingga 27 November ini. Ini bermakna, temasya itu akan dibuka secara rasminya pada Jumaat depan. Satu satunya acara sukan yang berlangsung awal adalah bola sepak yang akan bermula Isnin ini. Tetapi kenapa sampai dua orang sekali gus dihantar untuk membuat liputan acara itu. Kedua-dua mereka akan berlepas ke Guangzhou pada Sabtu ini (6 November 2010). Macam mana perkara ini boleh terlepas pandang.

Tak akan pada masa yang sama dua orang sekali nak cover acara tersebut. Atau seorang buat kerja dan seorang lagi pergi bercuti.

Ketiga, pada masa yang sama aku tak nampak rasional menghantar orang untuk membuat liputan acara lumba basikal di Sarawak hujung minggu ini. Itu hanya perlumbaan sehari (one day race). Meskipun ditaja sepenuhnya oleh pihak penganjur, perlumbaan itu hadir pada masa yang tidak sesuai. Nak jaga hati penganjurkan bukan begini caranya. Kalau tak silap. tahun ni jer dah beberapa kali kita ikut program penganjur tu termasuk di Melbourne, Australi dan di Melaka baru-baru ini. Kita kekurangan tenaga kerja. Kesian pada mereka yang terpaksa bekerja.

Keempat, pada 17 November ini kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Sebagai orang Islam, sudah tentu aku akan menyambutnya. Begitu juga dengan rakan-rakan setugas yang lain. Aku tak kisah kalau diminta untuk bertugas pada hari tersebut tetapi biarlah ada perancangan. Seperti tahun-tahun sebelum ini, kita diberi peluang untuk menyuarakan pendapat. Kenapa pentingkan diri sendiri. Lagipun, Hari Raya Aidilfitri lalu kan kita dan ambil cuti panjang. Bagi lah pada orang lain pula.

Aku yakin bulan depan kita akan menjadi lebih sibuk. Seperti tahun-tahun lalu, kita perlu membuat yearender (laporan akhir tahun). Harap-harap kali ini ada perancangan yang lebih baik akan dilakukan. Jangan buat kerja pada minit-minit akhir. Tentukan siapa nak buat apa dan bila laporan itu perlu disiarkan….

Lepas tu, kita sepatutnya sudah ada perancangan untuk menghadapi cabaran tahun depan yang dijangka lebih sengit…

26 October 2010

MOMEN TERINDAH DI NEW DELHI

NEW DELHI, India. Satu lokasi yang cukup indah untuk dikunjungi. Tetapi dengan syarat, anda perlu mengikuti pakej-pakej perlancongan yang ditawarkan.

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA), anda mengambil masa kira-kira lima jam 30 minit untuk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi (IGA) dengan penerbangan Malaysia Airline (MAS).

Sebaik tiba di IGA, anda akan dibawa pula ke hotel-hotel mewah yang bertaraf lima bintang di bandar raya New Delhi. Perjalanan cuma mengambil masa 30 minit dengan menaiki teksi.

Selepas itu, anda akan dibawa melawat beberapa pusat-pusat pelancongan yang cukup menarik seperti The Red Fort, Jama Masjid, Qutub Minar, Humayun’s Tomb dan India Gate.

Bangunan-bangunan lama terutamanya kota-kota bersejarah peninggalan kerajaan dan pemerintah Islam seperti Qutub Minar masih tersergam. Ia pasti meninggalkan kenangan yang indah untuk dikenang.

Anda juga akan dibawa ke restoran-restoran mewah untuk menikmati makanan dan masakan ala-ala ‘kari’ yang cukup terkenal di sini.


Panorama indah di New Delhi

Tetapi bagi aku, pengalaman berada di New Delhi selama 16 hari sempena Sukan Komanwel 2010 pada 1 hingga 16 Oktober lalu telah menjadi satu sejarah yang tidak mungkin terhakis dalam ingatan aku.

Penderitaan aku bermula dari hari pertama iaitu sebaik sahaja aku menjejakkan kaki ke Hotel Ramada Plaza.

Keengganan pihak pentadbiran syarikat membuat tempahan awal bilik hotel telah menyebabkan aku ‘merempat’ tanpa arah tujuan.

Mujur dua lagi rakan aku bermurah hati untuk menumpangkan aku di bilik mereka meskipun dalam keadaan yang sangat ‘daif’.

Hari pertama bertugas di ibu negara India itu juga tidak kurang hebatnya. Tanpa peta dan maklumat lengkap tentang lokasi pusat media serta venue pertandingan menyebabkan aku seperti hilang punca.

Namun, aku bernasib baik apabila bertemu seorang pemandu teksi yang boleh berkomunikasi dengan baik, bertanggungjawab, berdiplin, jujur dan komited dengan tugasnya.

Atas dasar itu, aku mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat pemandu teksi itu sehingga hari terakhir aku berada di sana.

Selain menghantar dan mengambil aku di semua venue (setiap hari), aku juga menjadikan dia sebagai ‘pengawal peribadi’ setiap kali berkunjung ke lokasi-lokasi ‘sesak’ di sana.

Oleh kerana kenderaan awam dihalang memasuki laluan ke venue pertandingan, aku terpaksa berjalan kaki berkilo-kilometer setiap hari untuk melaksanakan tugas harian aku.

Selain itu, pemeriksaan yang ketat yang dilakukan pihak berkuasa India di setiap pintu masuk venus turut merencatkan perjalanan aku.


Dastar Kwhan-E-Karimyang terletak di Hazrat Nizamuddin
Orang cakap, kita senang hendak mencari manakan kalau kita berada di India kerana masakan di sana tidak banyak bezanya dengan Malaysia yang terkenal dengan menu ‘karinya’.

Indah khabar dari rupa. Memang banyak restoran tetapi untuk mencari restoran yang bersih dan halal cukup sukar.

Satu-satunya restoran yang menepati citarasa aku adalah Dastar Kwhan-E-Karimyang terletak di Hazrat Nizamuddin.

Bagaimanapun untuk sampai ke restoran itu aku terpaksa melalui ‘lorong-lorong’ gelapyang dipenuhi pengemis, anjing dan kambing berhampiran dengan markas Tabligh.

Meskipun berdepan banyak kesukaran, aku bersyukur kerana berjaya ‘melengkapkan misi’, sekali gus pulang ke Malaysia tanpa mencetuskan sebarang masalah.

Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang aku peroleh sepanjang berada di New Delhi, India tetapi setiap peristiwa yang berlaku tidak dapat aku terjemahkan dengan kata-kata.


Markas Tabligh di Hazrat Nizamuddin

27 September 2010

SUKA DALAM DUKA

 BEBERAPA hari lagi, aku akan menjejakkan kaki ke bumi India.

Bukan untuk melancong tetapi melaksanakan tugas pada temasya Sukan Komanwel 2010 di New Delhi. Banyak perkara yang bermain di kotak fikiran aku ketika ini.

Bukan tugas yang menjadi bebanan tetapi persekitaran di bumi New Delhi itu yang meletakkan aku dalam situasi kebimbangan.

Selain ancaman wabak taun dan denggi, aku juga bakal berdepan faktor kebersihan, keselamatan termasuk ancaman pengganas.

Tetapi apa yang lebih merisaukan aku adalah struktur bangunan yang tidak kukuh terutamanya selepas insiden sebuah jejantas yang sedang dalam pembinaan berhampiran stadium utama di ibu negara India ini runtuh pada Selasa lalu.

Insiden itu mengingatkan semula aku kepada kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan di Kuala Terengganu yang menyembah bumi tahun lalu.

Meskipun ketika insiden itu berlaku aku tidak berada di tempat kejadian, ia memberi pengalaman yang cukup berguna sepanjang setahun aku bertugas di sana.

Sejak beberapa hari lalu, bermacam-macam kejadian pelik dan ganjil berlaku di New Delhi.

Selepas katil petinju India runtuh sejurus dia duduk selepas memasuki pangsapuri di perkampungan atlet, beberapa penangkap ular dilaporkan berjaya menangkap seekor ular jenis Cobra yang bersembunyi dalam pusat tenis yang baru siap dibina.

Mungkin berita ini dianggap lawak tetapi itulah situasi yang bakal aku hadapi sepanjang 16 hari di sana.

Ini tidak termasuk masalah penginapan, kenderaan untuk ke lokasi-lokasi utama dan makanan halal sepanjang aku berada di sana.

Apa pun, tugas perlu dilaksanakan kerana ini adalah amanah yang aku pikul. Apa sekalipun dugaan yang datang, aku akan hadapinya dengan tenang. Harap-harap, segala-galanya akan berjalan lancar. Insyaalah.

04 September 2010

MASA UNTUK BERUBAH

.
Kalau nak cepat sampai, naik 'bullet train' lah. Bukannya kereta lembu.....

BOLEH tak kita datang awal?

Kenapa susah sangat kita nak datang awal? Apa sebenarnya masalah kita sehingga menyebabkan kita tak dapat datang awal. Kenapa orang lain boleh datang awal dan kita tak boleh?

Kalau kita datang awal, kita ada banyak masa. Kita boleh rancang macam-macam. Kita boleh buat banyak perkara. Hasil kerja kita juga akan menjadi lebih baik sekiranya kita menggunakan sepenuhnya masa yang ada.

Kalau kita datang lewat, kita buat kerja dalam keadaan tertekan. Hasil kerja kita pasti mengecewakan.

Selain itu, kita juga memberi ruang kepada orang lain untuk mengkritik hasil kerja kita. Tak cukup dengan itu, peribadi kita juga akan dijaja ke sana dan ke sini. Tak malu ke kita?

Sampai bila kita nak bersikap demikian. Berubahlah segera kerana ruang dan peluang masih terbuka.

Sebenarnya, banyak perkara yang ingin kita bincangkan bersama. Tetapi kesuntukan masa telah menyebabkan kita hilang ‘mood’ untuk menyuarakan pendapat dan idea.

Kita seolah-olah seperti anak yatim piatu. Tak ada bapa dan tak ada ibu. Tak ada tempat untuk mengadu.

Begitupun hakikatnya kita masih ada bapa dan kita juga masih ada ibu tetapi kedua-dua mereka tidak sehaluan lagi. Tinggal sebumbung tapi tak lagi bertegur sapa. Masing-masing membawa haluan sendiri.

Kesian. Masalah rumahtangga telah menyebabkan anak-anak menjadi mangsa keadaan. Kalau semua anak-anak itu cerdik dan bijak tak apa juga. Boleh juga mereka jaga diri masing-masing.

Ini sebaliknya. Bila ibu dan bapa tidak sehaluan lagi, anak-anak mengambil kesempatan untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan disiplin dan peraturan. Siapa yang rugi?

Sudah pasti anak yang sulung menjadi mangsa. Terpaksa melayan kerenah adik-adik. Terpaksa menguruskan rumah. Terpaksa berdepan musuh-musuh yang hanya menunggu masa untuk merosakkan keluarga kita.

Kecewalah kita kalau berterusan macam ini. Terpaksa berpura-pura bahagia dan gembira. Hidup serba kepuraan. Semangat pun semakin luntur dan setiap hari kita buat kerja ala kadar sahaja.

Kalau macam inilah keadaannya, lebih baik kita payah tak ada ibu dan bapa. Boleh juga kita minta bantuan daripada rumah-rumah kebajikan. Minta bantuan daripada ketua kampung, wakil-wakil rakyat atau siarkan sahaja dalam akhbar.

Berubahlah segera sebelum rumahtangga kita menjadi porak peranda. Orang lain terutamanya musuh kita sentiasa mengintai dan menunggu peluang untuk mentertawakan kita.

Buangkanlah sifat ego itu. Percayalah, tidak ada siapa yang menang dan tidak ada siapa yang kalah. Tak ada siapa yang rugi pun.

Jadi, sempena hari dan bulan yang baik ini, marilah kita bermaaf-maafan. Sedangkan nabi pun maafkan umatnya, ini pula kita insan yang hina.

Gunakanlah sepenuhnya cuti Hari Raya Aidilfitri yang panjang itu nanti untuk muhasabah. Nanti, apabila balik daripada bercuti, kita akan memperoleh semangat yang baru. Keazaman yang baru. Keyakinan yang baru.

Banyak-banyak berdoa. Moga Allah bukakan pintu hati kita untuk berubah demi kebaikan diri sendiri dan kawan-kawan yang lain.

Perjuangan perlu diteruskan dan selagi belum dicabut nyawa daripada jasad ini, kita perlu berusaha. Selain itu, mencari rezeki yang halal itu adalah wajib bagi semua umat Islam.

01 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2010

PENGGERAK utama unit sukan Kosmo!. DARI kiri, Wan Fakhrul Bakar, Taufek Razak, Norzasrudin Mohamed Nor, Azizul Fahmi, Helmi Talkah dan Shahril Nizam.

20 August 2010

SEPAK TAKRAW AZAM AKHIRI KEMARAU


BAGAI menanti bulan jatuh ke riba.

Begitulah perumpamaan yang boleh digambarkan kepada  skuad elit sepak takraw negara yang masih tertunggu-tung gu untuk memenangi pingat emas pada temasya Sukan  Asia.

Adakah penantian selama 16 tahun itu akan berakhir di  Guangzhou, China pada 12 hingga 27 November ini?.

Sekiranya faktor sejarah dijadikan sandaran, tidak mus tahil skuad negara mampu merealisasikan impian itu.

Begitupun berdasarkan prestasi semasa, cabaran skuad  negara dianggap sebagai satu ‘misi sukar’.

Untuk rekod, Malaysia pernah dilabel sebagai satu kuasa  besar dalam sukan sepak takraw selain musuh tradisi,  Thailand, Indonesia dan Brunei.

Pada masa itu, penampilan Vietnam, Myanmar dan Laos  langsung tidak mengundang bahaya.

Bagaimanapun, segala-galanya sudah berubah dan kini,  selain diri sendiri, musuh utama skuad negara turut me nampilkan Korea Selatan dan Jepun.

Kebimbangan ini ada kebenarannya apabila skuad negara  diaibkan Korea Selatan di separuh akhir acara berpasukan  pada Piala Raja Thai di Chiang Mai, Thailand pada 27 Julai  hingga 1 Ogos lalu.

Sukan tradisi orang Melayu ini tidak lagi boleh dianggap  sebagai sukan nombor satu di negara ini.

Tambahan pula, kali terakhir skuad negara memenangi  pingat emas pada Sukan Asia adalah di Hiroshima, Jepun  pada tahun 1994.

Trio Iskandar Arshad, Ahmad Jais Baharom, Malek  Shamsudin dan Zabidi Shariff dibimbing bekas jurulatih  skuad elit sepak takraw negara, Haris Abdul Rahman.

Kali ini, khidmat Iskandar sekali lagi ditagih untuk me namatkan kemarau yang berpanjangan itu.

Begitupun, Iskandar bukan turun sebagai seorang pemain  tetapi menjadi ketua jurulatih bagi menggantikan tempat  Haris yang khidmatnya tidak disambung awal tahun lalu.

Selain Iskandar, skuad elit negara turut mendapat sen tuhan beberapa bekas pemain kebangsaan iaitu Amir Abu  Bakar, Rosli Abd. Rahman, Ku Halim Ku Musa dan Nasir  Ismail.

Lantaran itu, tidak ada alasan yang dapat diberikan oleh  Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sekiranya mereka  gagal merealisasikan impian itu.

Begitupun, ketika hanya tinggal kira-kira tiga bulan se belum temasya Sukan Asia bermula, PSM dilihat semakin  terdesak.

Pastinya, cabaran yang dilontarkan Ketua Pengarah, Maj lis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong pada 20  Januari lalu masih lagi ‘menghantui’ pemikiran mereka.

Pada mesyuarat bersama barisan pemimpin dan jurulatih  baru di Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu, Zolkples seolah-olah  mencabar PSM untuk menyediakan sebuah pasukan yang  mantap.

Malah Zolkples berkata, misi skuad elit sepak takraw  negara dianggap gagal sekiranya tidak dapat membawa  pulang sebutir pingat emas pada temasya Sukan Asia 2010.

“Sehubungan itu, PSM perlu menyediakan sebuah pa sukan yang mantap bagi membolehkan mereka memenangi  pingat emas pada temasya tersebut.

“Ini adalah sasaran utama kita dan saya mahu mereka  bekerja keras untuk mencapai sasaran ini,” kata Zolkples.

Bagi menyahut cabaran itu, PSM membuat kejutan apa bila turut menyenaraikan beberapa muka lama dalam mem bentuk skuad elit yang mantap.

Selain kembalinya regu emas Sukan SEA 2005, Mohd.  Normanizam Ahmad, Mohd. Futra Abd. Ghani dan Mohd.  Zulkarnain Mohd. Arif, turut tersenarai ialah pelibas ber pengalaman dua Sukan Asia Busan 2002 dan Doha 2006,  Azman Nasruddin.

Hanya beberapa pemain skuad yang memenangi pingat  perak pada Sukan SEA Laos XXV disenaraikan semula, iaitu  Ahmad Sufi Hashim, Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan  Adam.

Lain-lain pemain termasuk Mohd. Syazwan Husin, Noo razman Abdul Hamid, Mohd. Fadzil Asri dan Mohd. Hafizie  Abd. Manap.

Mereka yang lain termasuk Nasiruddin Manjur Ahmad,  Mazli Mohd. Soh, Helmi Ismail, Shamsul Asraf Roslee, Arif  Ramli, Faizul Hairi Osman, Sazali Saad, Mohd. Fazli Mu hammad Roslan, dan Mohd Nazuha Mohd. Nadzli.

Lebih menarik, PSM turut menyenaraikan seorang tekong  bukan Melayu yang kali terakhir mewakili negara pada  Program Gemilang 2001, K. Saravanan.

Ternyata, bibit-bibit kejayaan itu semakin jelas kelihatan  apabila skuad bimbingan Iskandar ini berjaya mengorak  langkah cemerlang selepas dibentuk semula Februari lalu.

Bermula dengan kejayaan pada Kejohanan Sepak Takraw  Khao Noi Satun pada 9 April lalu, skuad negara meneruskan  rentak cemerlang dengan menjuarai Kejohanan Sepak Tak raw Antarabangsa Hoengseong, Korea Selatan (19 April) dan  Piala Datuk Bandar Hatyai (25 April).

Kejayaan regu Normanizam, Futra, Ariff di samping  pemain simpanan, Saravanan dan Norshahruddin dianggap  satu kejutan besar setelah menumbangkan Thailand pada  separuh akhir sebelum mengatasi Korea Selatan A untuk  bergelar juara.

Penantian selama 22 tahun tanpa sebarang kejuaraan  akhirnya terlerai apabila skuad negara menundukkan In donesia pada final acara regu pada edisi ke-15 Piala Raja Thai  itu.

Trio Norazman, Mohd. Futra dan Farhan tidak berdepan  masalah untuk menewaskan gandingan lawan, sekali gus  membalas dendam kekalahan pada final tahun lalu.

Namun, detik kegembiraan skuad negara lebur dengan  sekelip mata apabila tewas mengejut kepada Korea Selatan  dalam acara utama iaitu berpasukan.

Apa yang dibimbangkan mengenai peningkatan Korea  Selatan dalam sukan sepak takraw menjadi kenyataan.

Kekalahan itu telah menghakis keyakinan ramai dan skuad  negara yang dirombak secara besar-besaran awal tahun lalu  telah menerima kritikan yang hebat.

Piala tertua antarabangsa yang diperkenalkan sejak 1984  ini pernah dimiliki Malaysia pada 1985 dan 1988.

Bagaimanapun Zolkples tetap optimis dan menganggap  skuad bimbingan Iskandar ini masih berada di landasan  tepat untuk menggegar di Sukan Asia 2010.

Ini kerana katanya, kekalahan itu tidak begitu mem bimbangkan kerana Piala Raja Thai hanya satu pertandingan  dalam rangka persiapan menghadapi temasya terbesar Asia  itu.

Keyakinan sama turut disuarakan Pengerusi Penyediaan  Atlet Sepak Takraw, Muhamad Asri Abdul Jalil.

Katanya, ketika ini, skuad negara sedang menjalani latihan  di Pulau Pinang hingga 27 Ogos ini, selain mengadakan  perlawanan persahabatan menentang pasukan pelapis.

“Persiapan tetap dilakukan dan skuad negara berada di  landasan yang betul.

“Senarai akhir 15 daripada 21 pemain yang akan menyertai  temasya itu akan diputuskan selewat-lewatnya pada per tengahan bulan depan,” katanya.

Menurut Muhamad Asri, pada temasya Sukan Asia 2010,  skuad negara akan menyertai dua daripada empat acara  yang dipertandingkan iaitu antara regu dan berpasukan.

INFO PASUKAN
Pengurus: Datuk Awang Sham Amit
Penolong pengurus: Idris Abdul Karim
Ketua jurulatih: Iskandar Arshad
Jurulatih:  Amir Abu Bakar, Rosli Abd Rahman, Ku Halim Ku Musa dan Nasir Ismail
Pengerusi Penyediaan Atlet Sepak Takraw: Muhamad Asri Abdul Jalil

TEKONG
Mohd. Normanizam Ahmad
Ahmad Sufi Md. Hashim
Mohd. Syazwan Hussin
Norazman Abdul Hamid
Mohd. Fadzil Asri
Nasiruddin Manjur Ahmad
K. Saravanan
Mazli Mohd. Soh

APIT KANAN
Mohd. Futra Abd Ghani
Norshahruddin Md. Ghani
Mohd. Fazli Muhammad Roslan
Helmi Ismail
Shamsul Asraf Roslee
Sazali Saad
Azman Nasaruddin

APIT KIRI
Mohd. Zulkarnain Mohd. Arif
Farhan Adam
Mohd. Hafizie Abd. Manaf
Arif Ramli
Mohd. Faizul Hairi Osman
Mohd. Nazuha Mohd. Nadzli

KALENDAR 2010
09 April - Kejohanan Sepak Takraw Khao Noi Satun, Thailand (juara)
19 April - Kejohanan Sepak Takraw Antarabangsa Hoengseong, Korea Selatan (juara)
25 April - Kejohanan Sepak Takraw Piala Datuk Bandar Hatyai, Thailand (juara)
1 Ogos - Kejohanan Sepak Takraw Piala Raja Thai di Chiang Mai, Thailand (beregu - naib juara, antara regu - juara, berpasukan - separuh akhir)

SKUAD RENANG TIADA SASARAN PINGAT



TIDAK ada sasaran pingat yang diletakkan pada Sukan  Komanwel 2010 di New Delhi, India, Oktober depan.

Sebaliknya, skuad renang negara yang terdiri daripada 13  perenang muda ada misi peribadi yang mahu dilaksanakan  pada temasya itu nanti.

Selain memburu catatan masa terbaik, mereka juga mahu  menimba pengalaman sebagai persiapan awal bagi meng hadapi Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China pada 12 hingga  27 November depan.

Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN),  Ahmad Shapawi Ismail berkata, temasya Sukan Komanwel  dianggap sebagai medan terbaik buar barisan perenang  negara untuk menilai kemampuan masing-masing.

“Daripada rekod yang kita ada, kita menghantar lebih  ramai perenang pada temasya kali ini dan kebanyakan  daripada mereka layak secara merit.

“Ini adalah hasil daripada kejayaan Program Cabaran 2010  yang diperkenalkan pada awal tahun lalu,” katanya pada  sidang media di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Ahmad Shapawi berkata, cabaran negara kali ini diketuai  perenang sensasi, Daniel Bego selain Kevin Yeap Soon Choy,  Kevin Lim Kar Meng, Khoo Cai Lin, Leong Chii Lin dan Chui  Lai Kwan.

Pemenang tujuh pingat emas Sukan Malaysia (Sukma)  XIII di Melaka, Chan Kah Yan turut disenaraikan bersama  enam lagi perenang muda iaitu Ian James Barr, Yap See  Tuan, Christina Loh Yen Ling, Erika Kong Chia, Foo Jian  Beng dan Joshua Lee.

Menurut Ahmad Shapawi, kesemua perenang ini akan  menyertai satu kejohanan di Phuket, Thailand dan Hong  Kong sebagai persiapanterakhir  sebelum berlepas ke New  Delhi.

Sementara itu, ketua jurulatih skuad renang negara, Paul  Birmingham berkata, dia tetap yakin dengan kemampuan  anak-anak buahnya meskipun menjangkakan mereka bakal  berdepan cabaran yang sengit.

“Kami telah melakukan persiapan yang rapi untuk meng hadapi temasya ini dan kami masih masa ada empat atau  lima minggu untuk melakukan persiapan.

“Saya yakin, perenang negara mampu mencatat kepu tusan yang baik pada penampilan kali ini dan kami akan cuba  sedaya upaya,” katanya.

Birmingham berkata, meskipun tidak meletakkan sasaran  pingat, perenang negara perlu bekerja keras untuk me mastikan mereka layak ke peringkat akhir.

Pada Sukan Komanwel 2002 di Manchester, skuad renang  negara berjaya memperoleh satu pingat perak dan gangsa  menerusi Alex Lim Keng Liat dalam acara 50 meter serta  100m kuak lentang.

17 July 2010

FELDA UNITED JUARA LIGA PERDANA 2010

FELDA UNITED dinobatkan selaku juara Liga Perdana 2010  selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Harimau  muda dalam aksi saingan liga di Stadium Hang Tuah Melaka malam tadi.

Meskipun saingan masih berbaki satu perlawanan, kemenangan yang dilakarkan anak-anak buah E. Elavarasan ke atas  Harimau Muda itu sudah cukup buat mereka bergelar juara  lebih awal.

Selepas mengharungi 21 perlawanan, Felda United unggul  mendahului carta teratas liga dengan mengumpul 49 mata bagi  meninggalkan pencabar terdekat mereka, PKNS Selangor de ngan 45 mata.

Kejayaan yang diraih Felda United itu bakal menyaksikan  mereka akan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.

Pada aksi semalam, Munir Amran muncul wira Felda United  apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti yang diperoleh pada minit ke-64 selepas lontaran jauh Abdul Ghani  Rahman ditepis dengan menggunakan tangan oleh pertahanan  Harimau Muda, Amer Saidin.

Barisan pemain Felda United bersorak kegembiraan selepas dinobatkan selaku juara Liga Perdana 2010

Di Stadium Darul Makmur Kuantan, penghuni tangga kedua,  PKNS tidak berdepan halangan mencatat kemenangan selepas  membelasah Shahzan Muda 8-0.

Di Stadium Majli Perbandaran Selayang, Angkatan Tentera  Malaysia (ATM) sekadar mencatatkan kemenangan tipis ke atas  Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3-2.

Di Stadium Sarawak, Kuching, tuan rumah ternyata me manfaatkan kelebihan beraksi digelanggang sendiri apabila  berjaya menundukkan USM FC 4-2.

Di Stadium Likas, Sabah, tuan rumah mencatatkan ke menangan bergaya apabila membelasah pasukan pelawat, Me laka 8-0.

Di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, tuan rumah,  Majlis Perbandaran Muar gagal memanfaatkan kelebihan ber aksi digelangggang sendiri selepas tewas ditangan POS Ma laysia 2-6.

12 July 2010

SOTONG KURITA BERSARA

TIADA lagi ramalan luar biasa daripada seekor  sotong ‘psikik’ selepas tamat Piala Dunia 2010.

‘Paul’, sotong sensasi yang mula menjadi perhatian dunia selepas semua ramalan melibatkan keputusan perlawanan  antara Jerman menentang Argentina dan final di antara Sepanyol  dan Belanda menjadi kenyataan akan bersara.

Haiwan berkaki lapan yang mengejutkan kaki-kaki judi bola sepak dunia itu akan bersara dan meneruskan tugas asalnya  iaitu mempamerkan ‘tarian gemalainya’ di hadapan pengunjung  khususnya kanak-kanak yang melawatnya di Muzium Hidupan  Laut di Oberhausen, Jerman

Sotong kurita ini turut menerima ancaman bunuh

Jurucakap muzium, Tanja Munzig memberitahu Paul bersara mulai semalam setelah pekerja di muzium tersebut  menghadiahkannya sebuah piala emas menyerupai trofi rasmi  Piala Dunia.

Meskipun piala berkenaan diperbuat daripada hidangan  kepah, Paul seperti tidak mengendahkannya ketika ia di turunkan ke dalam tangki, sekali gus membuktikan bahawa dia  bukan seekor sotong sembarangan yang boleh di pujuk dengan ‘umpan yang bersinar’.

Paul yang berasal dari laut Weymouth mula menjadi perhatian selepas berjaya meramal dengan tepat kejayaan Jerman  ke atas Australia, Ghana, England, Argentina dan Uruguay serta memilih Serbia dan Sepanyol menewaskan negara angkatnya itu.

Bookie Piala Dunia juga dikatakan berang dengan Paul selepas mereka mengalami kerugian hampir setengah juta  kerana ramalannya itu.

PIALA DUNIA 2010 MILIK SEPANYOL

SEPANYOL tampil dengan kelas tersendiri  apabila muncul juara Piala Dunia 2010.

Kejayaan ini adalah yang pertama buat Sepanyol sejak Piala Dunia diperkenalkan pada tahun 1930.

Skuad La Roja itu menang 1-0 ke atas Belanda pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Soccer City, Johannesburg di Afrika Selatan awal  pagi semalam.

Gol kemenangan skuad kendalian Vincente del Bosque itu  dijaringkan pemain sayap Barcelona, Andres Iniesta pada minit ke-116.

Perlawanan akhir itu berlarutan sehingga ke masa tambahan  selepas keputusan terikat tanpa jaringan sebaik tempoh 90  minit permainan berakhir.

Dengan kemenangan itu, Sepanyol turut meraih hadiah wang  tunai AS$30 juta (RM100 juta)
 
 Sepanyol muncul juara dunia 2010

SENARAI PEMENANG
JUARA  - Pasukan Sepanyol
PEMAIN TERBAIK - Diego Forlan (Uruguay)
PENJARING TERBANYAK - Thomas Mueller (Jerman)
PEMAIN MUDA TERBAIK - Thomas Mueller (Jerman)
PENJAGA GOL TERBAIK - Iker Casillas (Sepanyol)
ANUGERAH FAIR PLAY - Pasukan Sepanyol

INFO JUARA PIALA DUNIA
1930 - Uruguay 4 Argentina 2
1934 - Itali 2 Czechoslovakia 1 (selepas masa tambahan)
1938 - Itali 4 Hungary 2
1950 - Uruguay 2 Brazil 1
1954 - Jerman Barat 3 Hungary 2
1958 - Brazil 5 Sweden 2
1962 - Brazil 2 Czechoslovakia 1
1966 - England 4 Jerman Barat 2 (selepas masa tambahan)
1970 - Brazil 4 Itali 1
1974 - Jerman Barat 2 Belanda 1
1978 - Argentina 3 Belanda 1 (selepas masa tambahan)
1982 - Itali 3 Jerman Barat 1
1986 - Argentina 3 Jerman Barat 2
1990 - Jerman Barat 1 Argentina 0 (Brazil menang penalti  3-2)
1998 - Perancis 3 Brazil 0
2002 - Brazil 2 Jerman 0
2006 - Itali 1 Perancis 1 (Itali menang penalti 5-3)
2010 - Sepanyol 1 Belanda 0 (selepas masa tambahan)

JUARA TERDAHULU
Brazil (5), Itali (4), Jerman/Jerman Barat (3), Argentina (2),  Uruguay (2), England (1), Perancis (1) Sepanyol (1).

HADIAH WANG TUNAI
Juara (RM100 juta) - Selanyol

Naib juara (RM76.9 juta) - Belanda

Separuh akhir (RM64 juta setiap negara) - Jerman dan Uruguay

Suku akhir (RM56.7 juta setiap negara) - Argentina, Brazil, Ghana, Paraguay

Pasukan tewas pusingan kedua (RM28.8 juta setiap negara)
Chile, England, Jepun, Mexico, Portugal, Slovakia, Korea  Utara, Amerika Syarikat

Pasukan tewas pusingan pertama (RM25.6 juta setiap ne gara)
Algeria, Australia, Cameroon, Denmark, Perancis, Greece,  Honduras, Itali, Ivory Coast, New Zealand, Nigeria, Korea  Utara, Serbia, Slovenia, Afrika Selatan, Switzerland .

30 June 2010

KEJUTAN PIALA DUNIA 2010

EMPAT pasukan pilihan gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir pada kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Selain bekas naib juara, Perancis dan juara bertahan, Itali yang terkandas pada saingan peringkat kumpulan, England serta Portugal turut dikejutkan dengan kekalahan pada pusingan kedua.

Dua wakil Asia, Korea Selatan dan Jepun juga gagal melayakkan diri ke suku akhir meskipun mempamerkan aksi yang mengkagumkan pada saingan peringkat kumpulan.

Kekalahan Itali cukup mengecewakan. Meskipun skuad bimbingan Marcello Lippi ini dibarisi ramai pemain berstatus bintang, mereka gagal beraksi dengan baik.

Malah skuad The Azzurri ini dilihat terlalu sukar untuk menampilkan aksi yang mantap. Daripada tiga perlawanan yang diharungi, Itali hanya seri dua kali dan tewas sekali.

Itali menghuni tangga tercorot dalam Kumpulan F di belakang Paraguay, Slovakia dan New Zealand.

Begitupun nasib Perancis lebih malang. Skuad bimbingan Raymond Domenech ini hanya mampu mengutip satu mata untuk menghuni tangga tercorot dalam Kumpulan A.

Selepas seri tanpa jaringan dengan Uruguay pada perlawanan pertama, skuad Les Blues diaibkan dengan kekalahan 0-2 kepada Mexico dan 1-2 dengan tuan rumah, Afrika Selatan.

Paling mengejutkan, Perancis dikaitkan dengan krisis dalaman yang membabitkan pemain dan jurulatih.

Tindakan Domenech menghantar pulang Nicolas Anelka yang membuat kritikan pedas di media telah menyebabkan beberapa pemain senior enggan menjalani latihan menjelang aksi terakhir menentang Afrika Selatan.

Manakala England yang tewas 1-4 kepada Jerman sekali lagi menyalahkan pengadil di atas kekalahan itu.

Skuad The Three Lions ini mendakwa keputusan pengadil dan penjaga garisan menafikan jaringan pemain tengah, Frank Lampard yang dilihat sudah melepasi garisan gol menjadi punca kepada kekalahan itu.

Bagi Portugal pula, kekalahan 0-1 kepada Sepanyol mungkin disebabkan oleh ketumpulan jentera serangan yang diketuai oleh Cristiano Ronaldo.

Ronaldo tidak berupaya untuk membantu Portugal menjadi juara dunia.

Pada aksi suku akhir yang akan bermula Sabtu ini (3 Julai 2010), dua lagi pasukan pilihan pasti pulang awal, sekali gus mengikut jejak langkah Itali, Perancis, England dan Portugal.

Selain Jerman yang akan bertemu Argentina, Brazil turut berdepan misi sukar apabila dijadualkan menentang Belanda.

Manakala Sepanyol diramal berdepan laluan mudah apabila menentang Paraguay dan satu lagi aksi suku akhir bakal menampilkan pertemuan antara Uruguay dan Ghana.   

17 June 2010

PERMULAAN YANG HAMBAR

SEMUA 32 pasukan telah menamatkan perlawanan pertama peringkat kumpulan pada pusingan akhir Piala Dunia 2010.

Begitupun sepanjang 16 perlawanan yang telah berlangsung, kempen kali ini masih bergelut untuk  mencapai statusnya sebagai kejohanan berprestij di muka bumi  ini.

Setakat ini, kualiti persembahan permainan masih lagi dianggap sederhana dan kurang menghiburkan. Kelibat Wayne Rooney, Cristiano Ronaldo, Fernando Torres  dan Kaka lebih dibayangi oleh kehebatan cerita mengenai  kebingitan vuvuzela yang kedengaran setiap kali perlawanan  berlangsung.


Meskipun Brazil berjaya menewaskan Korea Utara 2-1, debaran saingan  Piala Dunia yang penuh klasik masih belum dirasai.

Kejutan paling besar berlaku apabila juara Eropah, Sepanyol tewas 0-1 kepada Switzerland, sekali gus menenggelamkan kehebatan Jerman menewaskan Australia.

Perkara utama yang paling dibimbangi pastinya jumlah gol  yang agak sedikit dijaringkan setakat ini.

Selain kemenangan besar 4-0 Jerman ke atas Australia,  tiada pasukan lain berjaya menjaringkan lebih dua gol  manakala banyak perlawanan berakhir dengan seri 1-1 dan 0-0.

Menurut statistik yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak  Antarabangsa (FIFA), tiada satu pun pasukan yang berjaya  melakukan lebih daripada 10 percubaan tepat pada aksi per tama mereka.

Kebanyakan pemain pula menyalahkan bola rasmi kejohanan,  Jabulani buatan Adidas dengan penjaga gol Brazil, Julio Cesar  menganggap kualiti bola itu sama seperti bola yang dibeli di  pasar raya. Kenyataan Cesar turut disokong Iker Casillas (Sepanyol) dan Gianluigi Buffon (Itali).

Selain itu, turut mendapat kritikan ialah keadaan padang  yang dianggap menyebabkan permainan berlangsung dengan  begitu laju sekali gus menghalang pemain mempamerkan aksi  normal mereka.

Jurulatih Itali, Marcello Lippi berkata, jangan tertipu dengan kecantikan padang yang pada pandangan kasar ia sebenarnya cukup licin dan menyebabkan  pemain sukar mengawal bola. Lippi merujuk padang di Stadium Green Point, Cape Town.

Namun masih banyak perlawanan lagi yang bakal berlangsung selepas ini dan diharap ia dapat menyemarakkan lagi saingan Piala  Dunia 2010.

10 June 2010

DIA KAN BOS

BEBERAPA hari lalu, aku ada berbual dengan sahabat lama aku yang bekerja di syarikat media lain menerusi laman web sesawang, Facebook. Pada mulanya, perbualan kami hanya berkisar kepada aktiviti harian.

Begitupun, selepas beberapa minit berbual, sahabat aku itu ingin meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Katanya, dia cukup tidak berkenan dengan sikap seorang sahabatnya yang berkerja di syarikat media yang lain. Individu tersebut boleh dikatakan berpangkat ‘bos’ lah juga.


Aku tanya dia adakah aku kenal individu itu? Katanya, lebih dari kenal. Jadi, aku pun berminat lah nak dengar luahan hati sahabat aku itu.

Katanya, sahabat dia tu macam ‘talam dua muka’. Depan cakap lain, belakang cakap lain. Individu tersebut rajin turun padang untuk cover sesuatu tugasan. Masa di lapangan, dia cukup peramah dan ‘mesra alam’.

Begitupun apabila balik ke pejabat, individu tersebut seolah-olah merungut dan memberitahu dia adalah bos dan tidak sepatutnya turun padang. Dia sepatutnya duduk pejabat dan mengarahkan orang lain untuk cover tugasan itu.

Sikap ‘berlagak’ individu tersebut telah menyebabkan pekerja bawahan dia bekerja dalam situasi tertekan dan tidak selesa.

Jadi, aku cakap dekat sahabat aku itu, dia kan bos. Selaku bos, dia mestilah ada ciri-ciri untuk menjadi pemimpin. Sahabat aku cakap, dulu masa bekerja dengan bos lama, masalah macam ini tak pernah timbul pun.

Katanya, bos lama dulu ok jer. Pegi cover tugasan luar juga tapi tak pernah pun berlagak seperti bos. Pekerja bawahan dia pun senang untuk bekerjasama. Jadi, aku tak boleh cakap apa lah.

Mungkin ada betulnya juga cakap dia. Tetapi aku malas nak masuk campur. Bagi aku, itu adalah masalah dia dan orang-orang yang terbabit. Aku sekadar menjadi pendengar yang setia.

Aku cuma berdoa, moga perkara tersebut tidak berlaku di tempat kerja aku.
   

09 June 2010

FAM TAK ADA DUIT

IMPIAN aku untuk melihat kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid yang dibimbing jurulatih baru, Jose Mourinho beraksi menentang skuad kebangsaan Malaysia bimbingan K. Rajagobal di Kuala Lumpur tidak kesampaian.

Ini kerana perlawanan sempena jelajah Real ke Asia terpaksa dibatalkan selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menanggung kos perlawanan tersebut yang dikatakan agak tinggi.

Football Asia selaku ejen tempatan kelab tersebut memberitahu, pertemuan dengan FAM bagi membincangkan projek itu telah berlangsung Jumaat lalu.

Sebelum itu, FAM terlebih diberitahu tentang syarat serta jumlah bayaran perlawanan.

“Kos untuk menganjurkan perlawanan ini dianggap sebagai di luar kemampuan kewangan pihak FAM.

“Dengan tempoh waktu yang suntuk untuk mendapatkan wang tajaan sama ada daripada sektor awam atau swasta, FAM dengan berat hati terpaksa menolak peluang untuk mengan jurkan perlawanan tersebut,” kata kenyataan Football Asia semalam.

Pada 26 Mei lalu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad memberitahu, pihaknya baru saja menerima pelawaan awal daripada sebuah syarikat penganjuran acara sukan dari Singapura untuk mengadakan perlawanan menentang Real di Kuala Lumpur.

Wajah kecewa penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas   

Mengikut perancangan, Real sepatutnya berada di ibu negara antara 14 hingga 21 Ogos depan tetapi dengan perkembangan terbaru semalam, maka tiadalah kelibat Cristiano Ronaldo, Kaka, Gonzalo Higuain, Xabi Alonso, Iker Casillas atau Raul di Kuala Lumpur.
           

02 June 2010

HARI INI DALAM SEJARAH

PETANG tadi, semasa aku sampai di tempat kerja, aku singgah di gerai makan di hadapan tempat kerja aku. Niat aku nak makan tengah hari. Pada masa itu, aku lihat ada salah seorang big boss aku turut berada di gerai itu. Aku buat tak nampak jer.

Bagaimanapun sebaik sahaja dia nampak aku, dia terus panggil aku dan ajak aku duduk semeja dengan dia. Aku rasa pelik dengan sikap dia. Pada mulanya aku keberatan untuk memenuhi permintaan itu tetapi demi menjaga hati dia, aku memaksa diri makan berdua dengan dia. Aku juga tak mahu dia menganggap aku ‘biadap’ sebab tak sudi makan dengan dia. Dia boss manakala aku kuli jer.

Dalam hati aku berkata, mesti ada sesuatu yang dia inginkan daripada aku kerana selama ini aku tidak pernah makan berdua dengan dia. Kiranya, hari ini dalam sejarahlah sebab aku dapat makan semeja dengan dia selepas hampir enam tahun bekerja di syarikat ini.

Sebelum aku meneruskan cerita ini, aku ingin ucapkan terima kasih kepada big boss aku itu sebab belanja aku makan tengah hari tadi.

Aku menjadi mangsa individu yang ingin mencungkil rahsia di sebalik kejadian yang berlaku

Ramalan aku benar belaka. Belum sempat aku menjamah bihun sup yang dipesan, big boss itu sudah melemparkan soalan cepu emas kepada aku. Dia cuba untuk mengorek rahsia daripada aku. Dia tanya, apa sebenarnya yang berlaku di atas kapal The Black Pearl aku.

Tapi prinsip aku tidaklah semurah teh o suam dan bihun sup yang aku makan. Aku mengambil sikap untuk berdiam diri meskipun aku lihat ada raut kecewa di wajah big boss itu. Katanya, dia tak percaya kalau aku cakap aku tak tahu apa-apa.

Aku cakap dengan dia, big boss sepatutnya lebih tahu daripada aku dan apa yang dia dengar serta nampak, itulah sebenarnya yang berlaku. Dia tidak puas hati dengan jawapan yang aku bagi itu.

Sepanjang tempoh aku makan semeja dengan dia itu, aku sungguh tertekan dan aku merasakan diri aku seolah-olah diasak ke dinding sambil diacukan pistol di kepala aku. Bertubi-tubi soalan diajukan kepada aku sampai bihun sup yang aku makan itu macam tak sedap jer.

Yang aku tak puas hati, soalan mengenai kehidupan peribadi kapten kapal aku turut ditanya. Ada ke patut dia tanya aku, kapten kapal aku tu ada girlfriend ke tidak.

Aku percepatkan makan dengan harapan dapat keluar dari gerai itu seberapa segera yang boleh.

Katanya, dia tahu apa sebenarnya yang berlaku di atas kapal aku selama ini. Sudah lama dia sedar dan pantau isu ini . Dia tahu siapa sebenarnya yang bersalah. Kini masalah itu hanya menunggu masa untuk diselesaikan.

Daripada kata-kata yang tuturkan, aku dapat membayangkan yang aku bakal mendapat seorang kapten baru. Tetapi entahlah sebab kata-kata big boss ini susah sikit aku nak percaya. Dia ni suka buat-buat macam profesor serba tahu meskipun hakikat sebenarnya dia tak tahu apa-apa pun. Aku guna pendekatan, dengar boleh, percaya jangan.

Jadi, kita tunggu dan lihat apa pulak yang berlaku selepas ini.
  

01 June 2010

SEKADAR RENUNGAN

AKU tinggalkan seketika kapal The Black Pearl yang sedang menghadapi krisis kepimpinan itu. Aku percaya, dalam tempoh terdekat pasti ada 'tangan ajaib' yang akan menyelamatkan kapal itu daripada tenggelam. Setakat ini pun sudah ada pelakon-pelakon handalan yang berhasrat untuk memegang watak hero dalam cerita itu.

Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman atau 'kisah benar' yang aku alami sepanjang setahun bertugas di sebuah negeri di Pantai Timur tahun lalu. Ia sekadar renungan dan tidak ada kaitan dengan mana-mana individu.

* Sekadar gambar hiasan

Sebaik melapor diri untuk bertugas di persisir pantai Laut China Selatan itu, aku berusaha menyesuaikan diri dan mencari rakan baru yang boleh memberi tunjuk ajar serta membantu aktiviti harian aku.

Oleh kerana aku orang baru, aku terpaksa bekerja pada hari Jumaat iaitu hari cuti umum di negeri itu. Oleh kerana tidak banyak kerja yang perlu dilaksanakan, aku telah pergi bersarapan pagi bersama seorang staf 'veteran' di syarikat itu. Banyak perkara yang kami bincangkan sepanjang tempoh itu.

Begitupun, topik perbualan kami lebih banyak berkisar kepada rasa tidak puas hati staf veteran itu yang dikatakan sering menjadi mangsa bos dan salah seorang pekerja di syarikat itu.

Mungkin dia selesa dengan aku, pada hari-hari seterusnya kami sering keluar bersama. Aku selalu temankan dia bersarapan pagi, makan tengah hari, minum petang, pergi bank dan ke kedai buku.

Paling aku tidak dapat lupa apabila dia kata: "Suatu hari nanti kalau aku jadi bos, aku akan kerjakan pekerja-pekerja yang selama ini telah menyusahkan hidup aku."

Aku layan aje sebab staf veteran ini baik hati dan pemurah. Setiap kali kami ke kedai makan, dia marah kalau aku bayar bil. Jadi, aku selalulah makan free.

Dipendekkan cerita, enam bulan kemudian staf veteran ini telah dinaikkan pangkat menjadi bos untuk menggantikan bos di syarikat itu yang dipanggil pulang ke Kuala Lumpur. Aku langsung tidak menduga perkara ini akan berlaku. Ia berlaku secara kebetulan.

Maka bermulalah episod cantas mencantas di syarikat itu kerana bos baru ini ingin membalas dendam ke atas pekerja-pekerja lain yang selama ini memandang rendah kemampuan dan langsung tidak menghormati termasuk penolongnya.

Aku bernasib baik. Oleh kerana kami menjalin hubungan yang baik, aku terlepas daripada menjadi mangsa dendam bos baru ini. Begitupun, aku mula menjadi 'musuh' kepada rakan-rakan termasuk dari syarikat yang lain. Macam-macam mereka tuduh aku tapi aku tidak kisah kerana aku tidak pernah mengambil kesempatan dan berniat jahat. Ada orang kata aku kroni bos baru. Talam dua muka dan macam-macam lagi sehingga ada yang takut untuk berkawan dengan aku. Aku tak kisah.

Namun permusuhan bos baru ini dengan penolongnya sedikit sebanyak memberi kesan kepada aku kerana bidang tugas aku di bawah kawalan penolongnya itu. Malah, setiap pergerakan dan apa yang ingin aku lakukan perlu mendapat kebenaran daripada penolong bos itu.

Jadi, aku terpaksa mengambil sikap 'tunggu dan lihat', menjaga kedua-dua hati ini dan tidak melaga-lagakan kedua-dua pemimpin ini. Aku perlu menjalin hubungan yang baik dengan kedua-dua pemimpin ini meskipun hakikatnya mereka langsung tidak boleh duduk semeja.

Kata mereka, permusuhan ini telah lama tersemat dalam hati masing-masing dan ia tidak mungkin dapat diselamatkan lagi.

Permusuhan kedua-dua pemimpin ini sampai ke klimaknya apabila bos baru ini menuduh penolongnya cuba menipu syarikat. Dengan sekelip mata, perkara ini hangat diperkatakan bukan sahaja di seluruh negeri itu tetapi sampai ke pihak atasan syarikat di Kuala Lumpur.

Sampai ke hari ini, hubungan kedua-dua pemimpin ini masih tidak baik dan mereka tidak mungkin dapat memaafkan antara satu sama lain.

Aku terpaksa melalui saat-saat yang getir ini selama enam bulan sebelum aku dipanggil pulang ke Kuala Lumpur bersama-sama dengan penolong bos itu. Hubungan aku dengan penolong bos tetap baik dan begitu juga dengan bos baru itu.

Aku balik ke Kuala Lumpur dengan harapan yang cukup besar untuk tidak lagi terbabit dalam dalam konflik kepimpinan ini. Tapi malangnya....

Dulu masa aku bekerja di Affin-ACF Finance (sekarang Affin Bank Berhad) aku juga pernah merasai pengalaman bertugas bersama watak-watak antagonis ini. Sepanjang 11 tahun bertugas di syarikat kewangan berlesen itu, aku telah bekerja di bawah kendalian beberapa bos yang majoritinya mempunyai musuh yang tersendiri.

* Moral of The Stori - Kita tidak boleh lari daripada masalah. Kemana sekalipun kita pergi, kita tetap akan berdepan dengan masalah. Jangan fikir, kalau kita berhijrah, masalah itu akan selesai. Adalah lebih baik sekiranya kita cuba menyelesaikan masalah itu dengan cara yang berhemah.
    

20 May 2010

THE BLACK PEARL

ENAM tahun lalu, ada sebuah kapal lanun yang aktif menjalankan aktiviti harian mereka di samudera yang luas, dikenali sebagai The Black Pearl.

Kapal yang menjadi rebutan antara Kapten Jack Sparrow dan Kapten Barbossa dalam filem Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl

Ketika itu, kapal ini dikemudi seorang kapten yang lantang dan berkarisma iaitu Jack Sparrow sambil dibantu penolong kapten, Barbossa dan beberapa anak kapal yang teruja untuk menjalankan tugas masing-masing.

Meskipun baru beroperasi, kapal ini cukup digeruni pesaing dan pencabar mereka. Namun beberapa tahun kemudian, kapten Jack Sparro telah diserang sakit jantung dan terpaksa melepaskan tugas itu kepada penolongnya, Barbossa.

Oleh kerana, anak-anak kapal masih baru dan belum begitu mahir untuk mengendalikan kapal tersebut, pihak atasan telah melantik orang luar untuk menjadi penolong kepada kapten Barbossa. Pada masa yang sama, salah seorang daripada anak kapal turut dilantik menjadi pegawai atasan untuk membantu meringankan beban kedua-dua pemimpin itu.

The Pirate Ship

Pada mulanya hubungan kapten Barbossa dan penolongnya agak baik meskipun ada perbezaan pendapat yang ketara. Namun tidak beberapa lama kemudian, ‘permusuhan’ antara kapten Barbossa dan penolongnya menjadi semakin ketara dan tidak lagi dapat dikawal kerana masing-masing ada pendapat dan pendirian yang tersendiri.

Pihak atasan dapat menghidu masalah itu dan satu-satunya jalan terbaik untuk menyelamatkan kapal tersebut adalah dengan menyingkirkan penolong kapten itu. Sebagai gantinya, pegawai atasan kapal tersebut telah dinaikkan pangkat untuk menjadi penolong kepada kapten Barbossa dan seorang anak kapal lagi dilantik menjadi pegawai atasan.

Ternyata, pelantikan ini memberi impak yang besar apabila kapal tersebut kembali digeruni pencabar mereka. Dalam tempoh tersebut, beberapa anak kapal saling bertukar ganti, sama ada berhenti atau ditukarkan ke kapal lain. Begitupun, langit tidak selalunya cerah. Kapten Barbossa, penolong kapten dan pegawai atasan tersebut mula tidak sehaluan, sekali gus menyebabkan kapal tersebut kembali bergolak.

Penolong kapten dan pegawai atasan tersebut menuduh kapten Barbossa tidak menjalankan tugas dengan baik dan seringkali menjadikan mereka sebagai mangsa untuk melepaskan diri sendiri. Ekoran daripada kejadian itu, pegawai atasan tersebut telah merajuk dan membawa diri dengan meninggalkan kapal itu manakala penolong kapten masih berada di kapal itu meskipun tidak sehaluan dengan kapten Barbossa.

Untuk mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan pegawai atasan tersebut, pihak atasan telah memanggil pulang salah seorang anak kapal yang sebelum ini menjadi mangsa konspirasi dan dihalau dari kapal itu setahun yang lalu.

Malangnya, kepulangan anak kapal itu tidak kena pada masanya. Dia pulang ketika kapten Barbossa dan penolong kapten dilanda perang ‘dingin’ yang menenggelamkan misi dan visi kapal tersebut. Selain keliru dengan bidang tugasnya, pegawai tersebut juga tidak tahu siapa yang perlu diikutnya - kapten Barbossa atau penolong kapten yang juga sahabat baiknya.

Selepas beberapa bulan berada di atas kapal tersebut, pegawai kapal itu masih lagi ‘blur’ dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Ditambah pula dengan sikap anak-anak kapal yang tidak tahu bidang tugas masing-masing. Kapal itu sudah tidak ada hala tuju dan masing-masing mementingkan serta berusaha menyelamatkan diri sendiri.
    

19 May 2010

RENTAP FUTSAL PUTRAJAYA KOSMO!

INDAH khabar dari rupa. Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan mengenai Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! yang berlangsung di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya pada 14 hingga 16 Mei lalu.

Sebenarnya, aku tidak menyalahkan kejohanan futsal terbesar itu tetapi aku terkilan dengan sikap pihak pengurusan Kosmo! yang aku dianggap tidak profesional.

Dalam tempoh kurang daripada satu bulan, kami berjaya menganjurkan kejohanan futsal sempena sambutan Hari Belia Negara itu meskipun terpaksa bersengkang biji mata untuk menyiapkan senarai pasukan dan jadual perlawanan.

Pada hari-hari terakhir sebelum kejohanan berlangsung, beberapa orang staf unit sukan Komso! tidak cukup tidur kerana terpaksa melayan kerenah big boss. Bayangkan, kami terpaksa menaip semula nama setiap pasukan (lebih 1,000 pasukan) mengikut kategori.

Logo Rentap Futsal Putrajaya Kosmo!

Begitupun segala kerja keras kami seolah-olah sia-sia apabila pihak pengurusan Kosmo! langsung tidak  menghargainya. Selain perasaan penat, aku langsung tidak mempunyai apa-apa yang boleh dijadikan kenangan.

Usahkan sehelai baju-T atau cenderahati yang lain, pihak pengurusan Kosmo! juga langsung tidak mengucapkan terima kasih kepada kami.

Malah rakan-rakan aku yang ditugaskan ke lokasi kejohanan menerima nasib yang lebih buruk apabila kebajikan mereka tidak dijaga.

Menurut cerita rakan-rakan aku, mereka tidak diberi layanan yang baik dan segala janji-janji yang ditabur sebelum kejohanan itu tidak ditunaikan.

Lebih buruk, mereka terpaksa mengutip kupon makanan yang cicir di merata-rata tempat untuk menggalas perut. Katanya, umpama pengemis......
 

07 May 2010

LESEN JUDI PIALA DUNIA 2010

KUALA LUMPUR (6 Mei 2010)  – Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Piala Dunia 2010 akan berlangsung di Afrika Selatan, Jun ini 

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

“Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

“Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir,’’ katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Awang Adek mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

PENDAPAT:

 * Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid berkata, meskipun lesen itu bertujuan mengelakkan aktiviti pertaruhan haram di negara ini, namun kegiatan melalui lesen tersebut juga adalah haram.

* Pendakwah bebas, Md. Daud Che' Ngah berkata, tiada istilah judi haram atau judi halal dalam Islam kerana semua perkara yang melibatkan judi adalah haram.
      

02 May 2010

NYAMUK AEDES DAN HARI BURUH

30 April - 2 Mei 2010
GARA-GARA seekor nyamuk aedes, aku terpaksa menghabiskan cuti umum Hari Buruh 2010 di wad Hospital Pakar Seremban (KPJ). Pakej percutian 3 hari 2 malam itu adalah sesuatu yang tidak pernah aku rancang.

Tetapi apakan daya, Allah lebih mengetahui dan mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu. Begitupun, aku masih bersyukur kerana demam denggi yang menyerang aku ini tidak begitu serius.

Kalau diberi pilihan, aku tidak mungkin memilih untuk ‘menikmati’ percutian yang menyakitkan ini. Selain suhu badan yang sentiasa berubah (sekejap sejuk dan sekejap panas), kepala rasa pening, loya (ingin muntah) dan seluruh anggota badan serta sendi-sendi terasa sakit yang amat sangat.

Adakah nyamuk aedes ini yang menghisap darah aku?

Tak pasal-pasal Jabatan Kesihatan menghantar anggota 'Ghost Busters' untuk mengesan dan menghapuskan jentik-jentik serta nyamuk aedes di kawasan perumahan aku.

Semalam, aku terlepas dua perkara penting untuk disaksikan. Yang pertamanya, semalam merupakan hari pertama kedua-dua puteri aku mengikuti latihan renang di Seremban 2.

Selepas beberapa tahun mereka ‘memujuk’ aku untuk menghantarnya mengikuti sesi latihan renang, akhirnya aku memenuhi permintaan mereka selepas berjumpa dengan sebuah kelab renang yang tidak kurang hebatnya. Apa sekali pun, aku berpuas hati kerana kedua-dua puteri aku gembira dan teruja untuk mengikuti sesi latihan renang itu.

Yang keduanya, semalam juga merupakan hari Alumni wife aku bersama pensyarah dan member-member semasa belajar di German-Malaysian Institut (GMI) lalu. Dia terpaksa menghadiri makan malam yang di adakan di Restoran Tupai-Tupai, Kuala Lumpur itu seorang diri. Kesian….

Bagaimanapun, apa yang menarik, ini adalah kali kedua aku memenangi ‘pakej percutian 3 hari 2 malam’ di hospital yang sama dalam tempoh lima bulan tahun ini. Awal bulan Mac lalu, aku menjalani pembedahan kecil di muka untuk membuang bisul yang tumbuh secara tiba-tiba.

Sedikit sebanyak, kedua-dua penyakit ini telah menjejaskan reputasi aku sebagai seorang pekerja yang jarang mengambil MC. Tahun lalu (sepanjang setahun bertugas di Terengganu) aku tidak pernah mengambil MC meskipun kadang-kala mengalami demam dan migrain.

Tetapi, baru lima bulan aku kembali bertugas di KL, sudah dua aku kali ambil MC dan dimasukkan ke wad. Begitupun, ini bukan kehendak aku. Kesabaran aku diuji dan mungkin ujian ini ada hikmahnya. Insyaalah.                                                                                                                                                            

01 April 2010

HARI TANPA FACEBOOK

SUDAH hampir satu minggu aku tidak melayari laman web sesawang, facebook di pejabat. Semuanya gara-gara tindakan unit teknologi maklumat menyekat komputer kami daripada melayari laman web sosial itu.

Menurut pekeliling yang diedarkan, kami hanya boleh melayari laman web sosial itu pada waktu tertentu kerana pada masa itu laluan akan dibuka kepada semua pekerja. Bagaimanapun, sehingga hari ini, janji hanya tinggal janji.

Nasib baik aku bukan dalam golongan 'ketagih' untuk melayari laman web ini. Jadi aku tak kisah sangat. Ada pun tak apa, tak ada pun tak apa. Tetapi aku akui, ada sedikit kekurangan apabila terlalu lama tak menjengah laman web itu.

Aku mula 'rindu' untuk berbual dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang selama ini menjadi tempat aku berkongsi cerita.

Sekadar gambar hiasan

Aku tak tahu apa tujuan sebenar mereka menyekat kami daripada melayari laman web yang semakin popular di seluruh dunia ini. Kadang-kadang aku pelik jugak. Dalam zaman 'dunia tanpa sempadan' hari ini, masih ada orang yang berfikiran 'zaman batu'.

Katanya, keputusan melarang pekerja daripada melayari laman web itu bertujuan untuk 'menghukum' mereka yang lalai ketika membuat kerja. Katanya, pekerja yang melayari laman web ini tidak produktif dan hasil kerja mereka tidak baik. Betul ke?

Orang lain semuanya bergerak ke hadapan tetapi syarikat aku bekerja ini pelik sikit, mereka 'syok sendiri' berundur ke belakang. Dulu sebelum ada fb, kami berhubung melalui yahoo messenger tetapi hayatnya tak lama kerana ia juga menerima nasib yang sama seperti fb.

Mungkin pihak atasan mahu semua pekerja memberi tumpuan pada kerja masing-masing atau menjadi seperti 'katak di bawah tempurung'. Entahlah. Tapi apa yang pasti, aku merasakan tindakan ini hanya sia-sia kerana lepas ini mungkin ada saluran baru untuk pekerja bersosial.

Manusia semakin bijak. Lepas ini entah apa laman web sosial yang akan muncul. Tunggu dan lihat.