11 February 2011

Ada Aku Kisah

DARI kiri, Fitri (The Star), Metsu (M-Star), aku dan Fer (Utusan) keletihan pada hari terakhir LTdL 2011 di Dataran Merdeka pada 1 Februari lalu.

OFF day aku hari ini sedikit terganggu. Ia gara-gara beberapa SMS yang aku terima (boleh dikatakan SMS beracun lah jugak), hahaha...

Aku kasihan kat sahabat aku yang sorang tu. Selalu jadi mangsa keadaan. Nasib dia selalu malang. Setiap kali dia kerja, pasti ada insiden-insiden yang diluar jangkaan berlaku.

Baru-baru ini, dia mengadu 'keletihan' dari segi mental dan fizikal selepas terpaksa bekerja 'lone ranger' untuk tempoh beberapa hari. Translate berbelas-belas stori foreign, pergi assignment dan buat lima stori local. Hebat tak. Jarang-jarang anak Melayu boleh buat macam tu.

Rentetan daripada itu, dia ambil cuti tahun dan sambung off day (kira-kira 8 hari jugak) dengan harapan apabila dia kembali bekerja nanti, segala-galanya akan berubah menjadi lebih baik.

Tapi malangnya, impian hanya tinggal impian. Ku sangkakan panas hingga ke petang tapi rupanya hujan di tengah hari. Masuk hari kedua dia bekerja selepas 'berehat panjang', kekuatan mental dan fizikal dia sekali lagi diuji. Aku hanya mampu tersenyum, nasib badan....

Tapi bagi aku, aku langsung tidak terkejut dengan insiden itu. Rekod 'mamat khalid' ini memang hebat. Dah beberapa tahun dia buat 'perangai' yang sama tapi tak ada sebarang tindakan yang diambil.

Jadi, 'mamat khalid' ini ingat dia hebat. Buat apa sahaja tak ada orang boleh kacau. Siapa berani lawan, bos pun tak cakap apa-apa, kau pulak yang sibuk. Kau siapa....

Tapi kau harus ingat. Hidup di dunia ini ada peraturan. Kalau kau tak nak ikut peraturan yang dibuat manusia, kau kena ikut peraturan yang digariskan Allah S.W.T. Kalau nak berjaya dalam hidup, perlu ada disiplin.
DARI kiri, Fer, Azizul dan aku bergambar pada LTdL 2011

Ada aku kisah. Kau boleh buat apa sahaja yang kau suka. Kau boleh cuti tahun, MC, EL atau berhenti kerja kalau kau suka. Itu hak kau. Dalam CA pun ada klausa yang membolehkan kau berbuat demikian.

Tapi kau harus ingat. Apa sahaja yang kau nak buat, kau perlu ikut saluran yang betul. Kalau tak, buruk padahnya. Aku tidak akan berkompromi dalam hal ini.

Aku lebih rela hilang kawan, daripada berkawan dengan kawan yang tak pandai nak jaga hati kawan-kawan. Kawan makan kawan. (ambil 'falsafah' yang dicetuskan oleh sahabat aku). - kalau nak main, tapi main-main, lebih baik tak payah main...., hahaha.

5 comments:

  1. haha,terima kasih kerana memenuhi permintaan aku utk membuat entry terbaru..
    mmg maksud dan kiasan utk entry kali ini cukup aku fahami kerana seolah-olah aku merasainya...haha

    apa2 din,jgn lupa ek update buku 'rekod' ko tu ek..bleh kita analisis bersama2 pd penghujung musim nnt....

    ReplyDelete
  2. Wan, aku rasa tak sampai akhir musim kot. Apa-apa pun kita tengok dulu rekod dia. Kalau berterusan macam ini, aku rasa lebih baik kita 'jual' player tu. Lebih cepat, lebih baik.

    ReplyDelete
  3. main marah laie ko jang..hoben jang hoben..

    ReplyDelete
  4. sebab itu kalau kita ada aptitude tapi attitude teruk, kita tidak akan ke mana...setinggi mana kita, akan turun jugak...untuk berjaya, sikap diadun dengan kemahiran...jika tidak, orang tidak respect. bahkan benci.

    ReplyDelete
  5. Saudara Rizal, saya setuju 100 peratus dengan pandangan saudara.

    Attitude perlu baik tapi bukan untuk bermain di altitud tinggi, hehehe...

    ReplyDelete

Sisi Tersembunyi Allahyarham Datuk Baharom Mahusin

“SEUMUR hidup saya, saya tidak pernah berasa susah seperti ini.” Kata-kata ini masih segar dalam ingatan saya meskipun sudah lebih tiga t...