27 February 2011

Arsenal tidak gentar

 
MESKIPUN terpaksa bermain tanpa dua tonggak utama, Arsenal tidak gentar untuk berdepan Birmingham pada perlawanan akhir Piala Liga di Stadium Wembley malam ini.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menegaskan pasukan itu memiliki ramai pemain muda yang berbakat, sekali gus mampu mengisi tempat kapten Cesc Fabregas dan Theo Walcott.

Kedua-dua pemain tersebut terpaksa melupakan aksi final itu kerana mengalami kecederaan.

Pada perlawanan ini, Wenger menaruh keyakinan yang tinggi kepada barisan pemain muda seperti Jack Wilshere, Wojciech Szczesny, Gael Clichy, Alex Song dan Johan Djourou.

Bagi skuad The Gunners, kemenangan cukup penting kerana ia dianggap sebagai peluang terbaik mereka untuk menamatkan kemarau enam tahun tanpa trofi.

Kali terakhir Arsenal menjulang trofi adalah pada tahun 2005 selepas menewaskan Manchester United 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti pada final Piala FA di Stadium Millennium, Cardiff.

“Kejayaan di Wembley akan memberikan kami keyakinan untuk memenangi beberapa lagi trofi musim ini.

“Kami memiliki ramai pemain muda yang berbakat dan tahap keyakinan mereka sangat tinggi untuk melakukan yang terbaik pada masa hadapan,” kata Wenger

No comments:

Post a Comment

Sisi Tersembunyi Allahyarham Datuk Baharom Mahusin

“SEUMUR hidup saya, saya tidak pernah berasa susah seperti ini.” Kata-kata ini masih segar dalam ingatan saya meskipun sudah lebih tiga t...