28 March 2011

Pasukan futsal Kosmo! langkah kanan


TIRAI saingan Liga Futsal Korporat anjuran Ban Hoe Leong (BHL CFL 2011) dibuka semalam dengan enam perlawanan berlangsung di Real Sports Arena (RSA), Teluk Gadong, Klang.

Enam pasukan berjaya memulakan saingan liga sepusingan 11 perlawanan sepanjang 11 minggu ini dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan lawan masing-masing.

Ia termasuklah pasukan Kosmo! yang mencatat kemenangan 5-2 ke atas Jotun.

Kosmo! dibarisi pemain-pemain yang terdiri daripada wartawan, jurufoto, pereka grafik dan eksekutif pemasaran.

Ketinggalan 0-1 pada awal permainan, Kosmo! bangkit memperolehi dua gol hasil jaringan Fitri Jamaludin untuk menamatkan separuh masa pertama dengan mendahului 2-1.

Kosmo! terus garang menambah dua lagi jaringan sebaik babak kedua bermula menerusi Farizal Zulkifly untuk selesa mendahului 4-1.

Jotun berjaya merapatkan kedudukan 4-2 selepas itu, namun Farizal melengkapkan hatriknya pada penghujung perlawanan untuk kemenangan 5-2 buat Kosmo!.

Lima lagi pasukan yang berjaya mencatat kemenangan pada aksi pertama semalam ialah Real Sports Arena (RSA), Inai Kiara, BHL dan MPK manakala Ricoh mendapat kemenangan percuma 3-0.

Perlawanan kedua akan berlangsung di gelanggang sama Sabtu depan dari 12 tengah hari hingga 5 petang dan Kosmo! dijadual berdepan Petronas pada pukul 12 tengah hari.



KEPUTUSAN

KOSMO!        5 JOTUN            2
RSA                4  PETRONAS    1
INAI KIARA  4 NORTPORT    1
BHL                5 RISING STAR 2
MPK              5 WESTPORT     1
RICOH          3 SFFLA               0

15 March 2011

Lu Orang Memang Selamba

Gathering Rock Selamba Fan Page 2011
Sabtu (12 Mac 2011)
Bun-d Bistro n Cafe
Seksyen 7, Shah Alam, Malaysia

Antara yang hadir menjayakan Gathering Rock Selamban Fan Page 2011
Kami turut hadir....
Kontrol macho...
Sesi bergambar berjalan lancar...
Roll Unicorn (kiri) dan Man Mpire (kanan) bergandingan buat persembahan...
Roll Unicorn buat persembahan secara solo...
Kumpulan Crash turut mendendangkan beberapa lagu termasuk lagu popular mereka - Mahsuri dan Abadikan Salam...
Man Mpire buat-buat sibuk....