14 January 2012

Piala Presiden PSM medan pilih pemain

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) akan memulakan fasa pertama pencarian pemain baharu bagi skuad elit, pelapis dan wanita kebangsaan.

Ini bermakna, Jawatankuasa Pemilihan Pemain yang di lantik PSM pasti sibuk sepanjang Kejohanan Sepak Takraw Piala Datuk Ahmad Ismail 2012 di Kompleks Sukan MSN, Taman Keramat, Kuala Lumpur dari 21 hingga 24 Januari ini.

Ketua Seranta PSM, Yusoff Ali berkata, tiga kategori dipertandingkan iaitu Terbuka, Bawah 21 Tahun dan Wanita dengan matlamat jangka panjangnya iaitu sebagai per sediaan menghadapi Sukan SEA 2013 di Naypyidaw, Myan mar dan Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

“Kejohanan ini juga memberi peluang kepada barisan jurulatih negara yang diketuai Jamaluddin Hassan, Ahmad Jais Baharun, Prawet Intra dan Tawit Wongkluen untuk mengenal pasti sejumlah pemain yang mampu membentuk wajah baru skuad elit (lelaki dan wanita) dan pelapis 2012.

YUSOFF ALI
“Sebahagian daripada para pemain tersebut telah 'diintai' pada Liga Siri Super PSM di Bukit Jalil, Kuala Lumpur bulan lalu.

“Kejohanan pada kali ini akan dibahagikan kepada lima kategori iaitu Lelaki Terbuka, Lelaki Bawah 21 Tahun, Wanita Terbuka dan Lelaki Veteran,” kata Yusoff.

Menurut Yusoff, kategori Lelaki Veteran di bahagikan kepada dua peringkat umur iaitu Kategori A (40 hingga 50 Tahun) dan Kategori B (51 Tahun Ke Atas).

Kejohanan antara regu itu menawarkan ganjaran ber jumlah RM24,000 dengan yuran kategori Lelaki Terbuka ialah RM80 manakala cuma RM50 dikenakan bagi dua kategori lain termasuk Lelaki Veteran.

Juara Terbuka bakal meraih RM3,000, piala dan pingat (maksimum lima pemain, pengurus dan jurulatih), naib juara RM2,000 dan dua regu ketiga bersama, RM1,000 manakala pecahan pemenang bagi Belia dan Wanita serta Veteran ialah masing-masing RM2,000, RM1,000 dan RM500.

“Hanya warganegara Malaysia layak menyertai kejohanan ini sementara masa dan tarikh tutup penyertaan ialah pukul 12 tengah hari Khamis 18 Januari ini dengan majlis undiannya dijalankan pukul 4 petang hari yang sama di kompleks berkenaan,” katanya.

Persatuan negeri perlu aktif

Mengembalikan kecemerlangan sepak takraw negara

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my

MASA depan sepak takraw negara banyak bergantung dengan keberkesanan program pembangunan di peringkat negeri.

Jika tidak, usah mimpi nak lihat sukan tersebut terus menyerlah di pentas antarabangsa.

Bagi menentukan hala tuju sukan sepak takraw pada masa depan, program pembangunannya di peringkat akar umbi perlu digerak dan diaktifkan secara serius.

Ini kerana, program ini dianggap sebagai landasan terbaik bagi menyediakan atlet pelapis yang memiliki kemahiran fizikal, teknikal, taktikal dan psikologikal yang kuat sekali gus muncul sebagai pemain berkualiti untuk diketengahkan bagi mewakili negara pada masa depan.

Dalam usaha memantapkan program pembangunan di peringkat negeri, Persatuan Sepak Takraw Perlis (PSTPs) telah menggariskan tujuh strategi penting untuk meran cakkan akitivti yang mereka rancangkan.

Setiausaha Kehormat PSTPs, Syed Azmir Syed Ahmad berkata, langkah pertama adalah memastikan persatuan sepak takraw negeri mengambil usaha untuk meramaikan jurulatih yang bertauliah.

“Jurulatih ini perlu memilik Sijil Kejurulatihan Spesifik dan Sijil Sains Sukan di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan supaya sistem latihan yang dijalankan berkualiti tinggi.

“Langkah kedua, Jawatankuasa Kejurulatihan Negeri juga mestilah diterajui oleh individu yang berkelulusan dalam bidang sains sukan atau setaraf dengannya agar program pembangunan latihan dapat dirancang dan dilaksanakan dengan penuh sistematik serta berorientasikan aspek sains sukan,” kata Syed Azmir yang juga Ahli Majlis Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).

SYED AZMIR SYED AHMAD
Syed Azmir berkata, pelantikan jurulatih mestilah di lakukan oleh persatuan itu sendiri melalui surat lantikan rasmi dan pengendalian latihan oleh jurulatih tersebut perlu dipantau dari semasa ke semasa bagi mengenalpasti segala kelemahan yang wujud.

Langkah keempat pula, atlet dalam program pemba ngunan negeri mesti didedahkan dengan aspek fizikal, teknikal, taktikal dan psikologikal agar mereka dapat me maksimumkan kesan latihan di samping memiliki daya tahan serta semangat juang yang tinggi.

“Langkah kelima pula, pihak-pihak yang mempunyai pra sarana kemudahan sukan mestilah bersedia untuk mem bantu persatuan negeri menyediakan tempat dan kemu dahan latihan tanpa sebarang caj.

“Harus diingat bahawa persatuan bukanlah badan yang menghasilkan keuntungan, malahan sumber kewangan per satuan amat terhad serta sering menghadapi masalah untuk mendapatkan tempat latihan disebabkan bayaran sewa yang tinggi.

“Yang keenam, persatuan negeri mesti sedar bahawa bila disebut program pembangunan ia meliputi tiga elemen penting iaitu kejurulatihan, pengadilan dan penyediaan atlet.

“Ini bermakna, di samping usaha untuk meramaikan jurulatih dan pengadil di peringkat negeri, langkah proaktif juga mesti diambil untuk meningkatkan pengetahuan me reka dari semasa ke semasa dengan maklumat terkini.

“Ia bagi memastikan mereka lebih yakin dan bersedia menerima cabaran serta melakukan perubahan untuk pe ningkatan kualiti kejurulatihan dan pengadilan.

“Penyediaan atlet negeri juga mestilah mempunyai mat lamat dan hala tuju yang jelas agar atlet tersebut lebih bersedia untuk mewakili negara pada masa depan.”

Syed Azmir memberitahu, pendedahan dengan pelbagai pertandingan baik di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa merupakan strategi terakhir yang perlu di lakukan.

Dengan cara ini, kualiti latihan dapat diukur dengan jelas secara objektif di samping berupaya membina kekuatan psikologi untuk menghadapi apa juga tekanan terutamanya dalam situasi yang genting.

Syed Azmir berkata, PSTPs juga kesal kerana terdapat badan pengurusan sukan negeri yang tidak faham dan jelas dengan fungsi kewujudan mereka.

Badan tersebut bertindak membelakangi persatuan negeri dengan tujuan seolah-olah merekalah yang bertanggung jawab melaksanakan program pembangunan di negeri ter sebut.

Lebih malang, mereka tidak menghormati persatuan da lam mengendalikan penganjuran kejohanan sama ada ber taraf negeri dan antarabangsa serta melantik jurulatih sepak takraw negeri tanpa pengetahuan.

Dalam masa yang sama, PSTPs juga menyelar tindakan segelintir individu yang sanggup menandatangani dan me ngeluarkan sijil kejurulatihan sepak takraw semata-mata bagi mengiktiraf diri mereka sebagai Pengerusi Panel Ke jurulatihan PSM.

“Harus diingat, walaupun status kita sebagai bekas pemain ternama tetapi belum pasti kita mampu memiliki kualiti kejurulatihan yang tinggi kerana bidang kejurulatihan yang meliputi aspek fizikal, teknikal, taktikal dan psikologikal.

“Pada era ini, sepak takraw memerlukan pengetahuan dan pencapaian akademik yang tinggi terutamanya dalam bi dang kejurulatihan sains sukan atau yang setaraf dengan nya.

“Ini jelas telah dibuktikan oleh negara kuasa besar sukan di mana mereka mengaplikasikan sistem dan kaedah sains sukan bagi menjamin kejayaan.

“PSTPs juga mengingatkan mereka yang ingin mengetahui apakah perancangan program pembangunan yang sedang dijalankan di negeri lain agar merujuk kepada persatuan sepak takraw negeri tersebut untuk mendapat gambaran jelas dan tidak sewenang-wenangnya membuat spekulasi yang merosakkan kredibiliti mereka sendiri.

Dalam masa yang sama, Syed Azmir berkata, PSTPs turut menyanjung tinggi program pembangunan yang dirangka dan dirancang oleh PSM selama ini.

“Kita yakin dengan usaha gigih semua ahli majlis PSM, Malaysia mampu mengembalikan semula kegemilangan se pak takraw dalam masa terdekat.

“Apa yang lebih penting, semua ahli gabungan mestilah memberikan sokongan kepada apa jua usaha dan peran cangan PSM ke arah mencipta suatu kejayaan pada masa depan.

“PSTPs juga menggesa agar jangan jadikan kritikan dan cemuhan dari pelbagai pihak sebagai peluntur semangat dan batu penghalang ke arah kejayaan.

“Sebaliknya, jadikan ia sebagai pendorong untuk membina kekuatan bagi menggapai hasrat untuk terus memarta batkan sukan sepak takraw di persada dunia.

“Akhir sekali, PSTPs akan terus menyokong kepimpinan PSM sedia ada dan akan berusaha gigih merealisasikan segala perancangan untuk terus memantapkan program pembangunan sepak takraw negara.

KECEMERLANGAN sukan sepak takraw negara pada masa akan datang banyak bergantung kepada keberkesanan program pembangunan di peringkat negeri.

03 January 2012

Hikayat Hang Nadim Pembuka Tirai Tahun 2012


DALAM Hikayat Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu, Hang Nadim adalah seorang kanak-kanak lelaki Melayu yang mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dalam menyelamatkan Temasek (kini lebih dikenali dengan Singapura) daripada serangan sekumpulan besar ikan todak.

Beliau merupakan salah seorang karakter penting dalam cerita lagenda Melayu Singapura Dilanggar Todak.

Mengikut hikayat, pada suatu ketika, ikan todak telah menyerang kebanyakan masyarakat Melayu Asli yang tinggal di sekitar perairan pantai Tanjong Pagar sehinggakan ramai masyarakat Melayu Asli tersebut telah menemui ajalnya akibat dari serangan Ikan Todak yang bertubi-tubi.

Serangan Ikan Todak ini dikatakan mula berpunca daripada tindakan Sri Maharaja yang telah menghukum bunuh Tun Jana Khatib (merupakan seorang alim dan warak dalam menyampaikan ajaran Islam di bumi Temasek, namun tindakan dakwahnya itu ditolak oleh Sri Maharaja dan penduduk kampung).

Kini terdapatnya sebuah kem di Singapura yang diberi nama Khatib Camp, bersempena nama Tun Jana Khatib, ia terletak Sembawang Road, Singapura.

Dikatakan juga di kem tersebutlah Tun Jana Khatib telah dihukum bunuh oleh Sri Maharaja.

Akibat angka korban nyawa yang semakin meningkat akibat serangan Ikan todak, maka Hang Nadim yang masih kecil itu telah mengesyorkan kepada pemerintah Temasek ketika itu untuk membina sebuah tembok panjang dan tebal berasaskan batang pisang mengelilingi pantai yang bertindak sebagai penghadang daripada serangan ikan todak.

Cadangan Hang Nadim itu diterima baik, lalu kerja-kerja pembinaan diusahakan, hasilnya tuntas dan berjaya. Banyak ikan todak telah tersangkut muncungnya pada batang-batang pisang.

Berdasarkan lagenda, Tanjong Pagar, Singapura merupakan tempat di mana berlakunya kisah serangan dan penyelamatan tersebut. Perkataan pagar diambil sempena kisah pembinaan pagar tembok daripada batang pisang untuk melawan serangan ikan todak.

Atas kejayaan yang memberansangkan, Hang Nadim telah diberi pujian dan penghargaan oleh masyarakat Tanjung Pagar khususnya dan rakyat Temasek amnya.

Hang Nadim juga telah diberikan pingat jasa bakti tertinggi darpada Mahkamah DiRaja atas hasil ideanya yang bernas itu. Hal ini telah membuatkan segelintir ahli tertinggi Mahkamah DiRaja yang lain berasa iri hati dan tidak puas hati dengan penghargaan yang diperolehi oleh Hang Nadim.

Maka mereka telah bersepakat untuk membunuh Hang Nadim dengan cara membuangnya ke dalam laut dan dibiarkan Hang Nadim mati lemas. Akhirnya Hang Nadim telah menemui ajalnya di dalam laut akibat khianat pada umur semuda tujuh tahun.

Lapangan Terbang Hang Nadim di Batam, Indonesia dinamakan sempena nama budak pintar tersebut.
Selain itu terdapat juga Laksamana Hang Nadim, anak kepada Laksamana Hang Tuah dan merupakan pahlawan Melayu Melaka yang berjuang melawan kedatangan penjajah Portugis.

* Moral of The Stori -  Adakah aku akan menerima nasib yang sama dengan Hang Nadim kerana kelantangan aku mengkritik bos dan sistem kerja di unit aku? Aku berserah kepada Allah S.W.T. Aku yakin Allah akan melindungi orang-orang yang terinaya dan dizalimi, insyaalah.