14 January 2012

Persatuan negeri perlu aktif

Mengembalikan kecemerlangan sepak takraw negara

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my

MASA depan sepak takraw negara banyak bergantung dengan keberkesanan program pembangunan di peringkat negeri.

Jika tidak, usah mimpi nak lihat sukan tersebut terus menyerlah di pentas antarabangsa.

Bagi menentukan hala tuju sukan sepak takraw pada masa depan, program pembangunannya di peringkat akar umbi perlu digerak dan diaktifkan secara serius.

Ini kerana, program ini dianggap sebagai landasan terbaik bagi menyediakan atlet pelapis yang memiliki kemahiran fizikal, teknikal, taktikal dan psikologikal yang kuat sekali gus muncul sebagai pemain berkualiti untuk diketengahkan bagi mewakili negara pada masa depan.

Dalam usaha memantapkan program pembangunan di peringkat negeri, Persatuan Sepak Takraw Perlis (PSTPs) telah menggariskan tujuh strategi penting untuk meran cakkan akitivti yang mereka rancangkan.

Setiausaha Kehormat PSTPs, Syed Azmir Syed Ahmad berkata, langkah pertama adalah memastikan persatuan sepak takraw negeri mengambil usaha untuk meramaikan jurulatih yang bertauliah.

“Jurulatih ini perlu memilik Sijil Kejurulatihan Spesifik dan Sijil Sains Sukan di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan supaya sistem latihan yang dijalankan berkualiti tinggi.

“Langkah kedua, Jawatankuasa Kejurulatihan Negeri juga mestilah diterajui oleh individu yang berkelulusan dalam bidang sains sukan atau setaraf dengannya agar program pembangunan latihan dapat dirancang dan dilaksanakan dengan penuh sistematik serta berorientasikan aspek sains sukan,” kata Syed Azmir yang juga Ahli Majlis Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).

SYED AZMIR SYED AHMAD
Syed Azmir berkata, pelantikan jurulatih mestilah di lakukan oleh persatuan itu sendiri melalui surat lantikan rasmi dan pengendalian latihan oleh jurulatih tersebut perlu dipantau dari semasa ke semasa bagi mengenalpasti segala kelemahan yang wujud.

Langkah keempat pula, atlet dalam program pemba ngunan negeri mesti didedahkan dengan aspek fizikal, teknikal, taktikal dan psikologikal agar mereka dapat me maksimumkan kesan latihan di samping memiliki daya tahan serta semangat juang yang tinggi.

“Langkah kelima pula, pihak-pihak yang mempunyai pra sarana kemudahan sukan mestilah bersedia untuk mem bantu persatuan negeri menyediakan tempat dan kemu dahan latihan tanpa sebarang caj.

“Harus diingat bahawa persatuan bukanlah badan yang menghasilkan keuntungan, malahan sumber kewangan per satuan amat terhad serta sering menghadapi masalah untuk mendapatkan tempat latihan disebabkan bayaran sewa yang tinggi.

“Yang keenam, persatuan negeri mesti sedar bahawa bila disebut program pembangunan ia meliputi tiga elemen penting iaitu kejurulatihan, pengadilan dan penyediaan atlet.

“Ini bermakna, di samping usaha untuk meramaikan jurulatih dan pengadil di peringkat negeri, langkah proaktif juga mesti diambil untuk meningkatkan pengetahuan me reka dari semasa ke semasa dengan maklumat terkini.

“Ia bagi memastikan mereka lebih yakin dan bersedia menerima cabaran serta melakukan perubahan untuk pe ningkatan kualiti kejurulatihan dan pengadilan.

“Penyediaan atlet negeri juga mestilah mempunyai mat lamat dan hala tuju yang jelas agar atlet tersebut lebih bersedia untuk mewakili negara pada masa depan.”

Syed Azmir memberitahu, pendedahan dengan pelbagai pertandingan baik di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa merupakan strategi terakhir yang perlu di lakukan.

Dengan cara ini, kualiti latihan dapat diukur dengan jelas secara objektif di samping berupaya membina kekuatan psikologi untuk menghadapi apa juga tekanan terutamanya dalam situasi yang genting.

Syed Azmir berkata, PSTPs juga kesal kerana terdapat badan pengurusan sukan negeri yang tidak faham dan jelas dengan fungsi kewujudan mereka.

Badan tersebut bertindak membelakangi persatuan negeri dengan tujuan seolah-olah merekalah yang bertanggung jawab melaksanakan program pembangunan di negeri ter sebut.

Lebih malang, mereka tidak menghormati persatuan da lam mengendalikan penganjuran kejohanan sama ada ber taraf negeri dan antarabangsa serta melantik jurulatih sepak takraw negeri tanpa pengetahuan.

Dalam masa yang sama, PSTPs juga menyelar tindakan segelintir individu yang sanggup menandatangani dan me ngeluarkan sijil kejurulatihan sepak takraw semata-mata bagi mengiktiraf diri mereka sebagai Pengerusi Panel Ke jurulatihan PSM.

“Harus diingat, walaupun status kita sebagai bekas pemain ternama tetapi belum pasti kita mampu memiliki kualiti kejurulatihan yang tinggi kerana bidang kejurulatihan yang meliputi aspek fizikal, teknikal, taktikal dan psikologikal.

“Pada era ini, sepak takraw memerlukan pengetahuan dan pencapaian akademik yang tinggi terutamanya dalam bi dang kejurulatihan sains sukan atau yang setaraf dengan nya.

“Ini jelas telah dibuktikan oleh negara kuasa besar sukan di mana mereka mengaplikasikan sistem dan kaedah sains sukan bagi menjamin kejayaan.

“PSTPs juga mengingatkan mereka yang ingin mengetahui apakah perancangan program pembangunan yang sedang dijalankan di negeri lain agar merujuk kepada persatuan sepak takraw negeri tersebut untuk mendapat gambaran jelas dan tidak sewenang-wenangnya membuat spekulasi yang merosakkan kredibiliti mereka sendiri.

Dalam masa yang sama, Syed Azmir berkata, PSTPs turut menyanjung tinggi program pembangunan yang dirangka dan dirancang oleh PSM selama ini.

“Kita yakin dengan usaha gigih semua ahli majlis PSM, Malaysia mampu mengembalikan semula kegemilangan se pak takraw dalam masa terdekat.

“Apa yang lebih penting, semua ahli gabungan mestilah memberikan sokongan kepada apa jua usaha dan peran cangan PSM ke arah mencipta suatu kejayaan pada masa depan.

“PSTPs juga menggesa agar jangan jadikan kritikan dan cemuhan dari pelbagai pihak sebagai peluntur semangat dan batu penghalang ke arah kejayaan.

“Sebaliknya, jadikan ia sebagai pendorong untuk membina kekuatan bagi menggapai hasrat untuk terus memarta batkan sukan sepak takraw di persada dunia.

“Akhir sekali, PSTPs akan terus menyokong kepimpinan PSM sedia ada dan akan berusaha gigih merealisasikan segala perancangan untuk terus memantapkan program pembangunan sepak takraw negara.

KECEMERLANGAN sukan sepak takraw negara pada masa akan datang banyak bergantung kepada keberkesanan program pembangunan di peringkat negeri.

No comments:

Post a Comment

Sisi Tersembunyi Allahyarham Datuk Baharom Mahusin

“SEUMUR hidup saya, saya tidak pernah berasa susah seperti ini.” Kata-kata ini masih segar dalam ingatan saya meskipun sudah lebih tiga t...