08 June 2013

Siapa Perompak?

DALAM satu insiden rompakan bank, seorang perompak menjerik kepada semua orang yang berada dalam bank itu: "Semua meniarap di lantai dan jangan melawan. Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda...". 
Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tersebut tanpa melawan dan senyap.
*  Ini dipanggil berfikir di luar kotak fikiran - berfikir lain daripada yang lain.

Apabila seorang wanita meniarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak itu menjerit kepadanya: "Tolong bersopan. Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol".
* Ini dipanggil sebagai profesional - fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan.

Apabila perompak itu kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."
Perompak tua menyangkal dan berkata: "Kau ni bodoh. Terdapat banyak wang, sampai bila kita akan habis kira? Malam ini kita nonton berita di TV, pasti kita akan tahu jumlah rompakan tersebut."
* Ini dipanggil pengalaman - kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas.

Selepas perompak tersebut beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelianya untuk memanggil polis dengan cepat tetapi penyelia itu berkata kepadanya: "Tunggu. Mari kita ambil RM10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada RM70 juta yang sudah kita gelapkan dari bank.
* Ini dipanggil inovatif - menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda.

Penyelia berkata: "Alangkah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit."
* Ini dipanggil berpandangan jauh - merancang masa depan selangkah lebih awal.

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa RM100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali tetapi mereka hanya boleh mengira RM20 juta.
Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka. Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat RM20 juta tapi pengurus bank pula mengambil RM80 juta dengan hanya petik jarinya. Nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."
* Ini dipanggil pengetahuan - pengetahuan kunci kejayaan hidup.
 
Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.
* Ini dipanggil sambil menyelam minum air - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain.

Soalan : Siapa perompak sebenar dalam cerita ini?

No comments:

Post a Comment

Sisi Tersembunyi Allahyarham Datuk Baharom Mahusin

“SEUMUR hidup saya, saya tidak pernah berasa susah seperti ini.” Kata-kata ini masih segar dalam ingatan saya meskipun sudah lebih tiga t...