07 November 2013

Penjajah Zaman Moden



05 November 2013 (1 Muharram 1435H)

DARI stesen Komuter Seremban, turun di stesen Bandar Tasik Selatan, Naik LRT sehingga ke stesen Hang Tuah. Jalan kaki ke Berjaya Times Square.  Menaiki jejantas pejalan kaki ke Plaza Low Yat. Teruskan perjalanan ke Pavilion Kuala Lumpur, Pertama Kompleks, Campbell dan Sogo. Menyusuri Jalan Tengku Abdul Rahman, Masjid India ke Masjid Jamek. Terus berjalan ke stesen bas Bangkok Bank, stesen bas Klang, Pasar Seni, Pejabat Pos Besar ke KL Central. Naik Komuter kambali ke Seremban.


SELEPAS menyusuri kembali ‘lorong-lorong gelap’ yang suatu ketika dahulu menjadi laluan utama warga kota Kuala Lumpur, aku membuat kesimpulan bahawa Malaysia kini kembali dijajah.

Sama ada kita sedari atau tidak, penjajah kali ini lebih dasyat berbanding pada zaman Portugal, Belanda, Britain, Jepun dan Komunis yang menjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu.

Bermula dari dalam Komuter di Seremban lagi, aku sudah dikelilingi ramai pendatang asing terutamanya daripada Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Vietnam, China dan lain-lain. Aku langsung tidak faham tutur bahasa mereka. Pada suatu ketika, aku merasakan bahawa aku seolah-olah sedang menaiki sistem pengangkutan awam di luar negara.

Sebaik sampai di Berjaya Times Square, aku masih lagi dikelilingi ramai pendatang asing dan kali ini turut membabitkan rakyat daripada negara Eropah dan Timur Tengah (Arab).

Aku akui, kebanjiran pendatang asing baik untuk menjana ekonomi Malaysia tetapi ia turut memberikan kesan buruk terutamanya peningkatan masalah sosio ekonomi dan jenayah di negara ini.


Aku ‘panjat’ Plaza Low Yat dan mendapati ramai daripada pekerja (terutamanya pembantu kedai) adalah terdiri daripada rakyat Bangladesh, Myanmar, Vietnam, China. Ada sesetengah daripada mereka langsung tidak boleh berturut bahasa Malaysia tetapi tetap diambil bekerja.




Sebaik tiba di Kompleks Pertama dan Campbell yang suatu ketika dahulu menjadi lokasi utama warga Kuala Lumpur ‘melepak’, aku dihidangkan pula dengan kebanjiran rakyat Pakistan. Malah, ada sesetengah kedai terutamanya yang menjual barangan kulit, tokehnya adalah rakyat Pakistan.

Selain itu, rakyat Indonesia tanpa ‘segan silu’ menjual makanan seperti keropok, kuih, goreng pisang dan lain-lain dengan menggunakan kereta sorong di kaki-kali lima sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman. 

Rakyat India, Pakistan dan Bagladesh pula menguasai perniagaan di sepanjang Jalan Masjid India. Ketika dalam perjalanan ke Masjid Jamek, aku dapati ramai rakyat Indonesia memiliki kedai sendiri di tapak-tapak perniagaan yang disediakan khas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Stesen bas Bangkok Bank dan stesen Bas Klang menjadi milik pendatang asing yang entah dari mana datangnya.

Pasar Seni turut dikuasai pendatang asing, manakala KL Central menjadi lokasi yang cukup sibuk buat warga ini.

Kesimpulannya, Malaysia kini sudah dijajah dan penjajahan kali ini turut melibatkan sosio ekonomi rakyat di negara ini. Tidak hairanlah mengapa jenayah semakin berleluasa dan wabak penyakit berjangkit semakin menukar sejak akhir-akhir ini.

Siapa yang harus bertanggungjawab, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Ahli Parliman, Adun, Polis Diraja Malaysia, DBKL, Kastam, Jabatan Imigresen, Agensi Keselamatan, Pihak Berkuasa Tempatan, Rela dan lain-lain…