14 January 2012

Piala Presiden PSM medan pilih pemain

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) akan memulakan fasa pertama pencarian pemain baharu bagi skuad elit, pelapis dan wanita kebangsaan.

Ini bermakna, Jawatankuasa Pemilihan Pemain yang di lantik PSM pasti sibuk sepanjang Kejohanan Sepak Takraw Piala Datuk Ahmad Ismail 2012 di Kompleks Sukan MSN, Taman Keramat, Kuala Lumpur dari 21 hingga 24 Januari ini.

Ketua Seranta PSM, Yusoff Ali berkata, tiga kategori dipertandingkan iaitu Terbuka, Bawah 21 Tahun dan Wanita dengan matlamat jangka panjangnya iaitu sebagai per sediaan menghadapi Sukan SEA 2013 di Naypyidaw, Myan mar dan Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

“Kejohanan ini juga memberi peluang kepada barisan jurulatih negara yang diketuai Jamaluddin Hassan, Ahmad Jais Baharun, Prawet Intra dan Tawit Wongkluen untuk mengenal pasti sejumlah pemain yang mampu membentuk wajah baru skuad elit (lelaki dan wanita) dan pelapis 2012.

YUSOFF ALI
“Sebahagian daripada para pemain tersebut telah 'diintai' pada Liga Siri Super PSM di Bukit Jalil, Kuala Lumpur bulan lalu.

“Kejohanan pada kali ini akan dibahagikan kepada lima kategori iaitu Lelaki Terbuka, Lelaki Bawah 21 Tahun, Wanita Terbuka dan Lelaki Veteran,” kata Yusoff.

Menurut Yusoff, kategori Lelaki Veteran di bahagikan kepada dua peringkat umur iaitu Kategori A (40 hingga 50 Tahun) dan Kategori B (51 Tahun Ke Atas).

Kejohanan antara regu itu menawarkan ganjaran ber jumlah RM24,000 dengan yuran kategori Lelaki Terbuka ialah RM80 manakala cuma RM50 dikenakan bagi dua kategori lain termasuk Lelaki Veteran.

Juara Terbuka bakal meraih RM3,000, piala dan pingat (maksimum lima pemain, pengurus dan jurulatih), naib juara RM2,000 dan dua regu ketiga bersama, RM1,000 manakala pecahan pemenang bagi Belia dan Wanita serta Veteran ialah masing-masing RM2,000, RM1,000 dan RM500.

“Hanya warganegara Malaysia layak menyertai kejohanan ini sementara masa dan tarikh tutup penyertaan ialah pukul 12 tengah hari Khamis 18 Januari ini dengan majlis undiannya dijalankan pukul 4 petang hari yang sama di kompleks berkenaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Sisi Tersembunyi Allahyarham Datuk Baharom Mahusin

“SEUMUR hidup saya, saya tidak pernah berasa susah seperti ini.” Kata-kata ini masih segar dalam ingatan saya meskipun sudah lebih tiga t...