22 November 2011

Sukan SEA 2011

TAHNIAH buat skuad Harimau Muda yang menjuarai acara bola sepak pada Sukan SEA 2011. Skuad bawah 23 tahun (B23) negara dinobatkan selaku juara selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

Pada aksi di Stadium Gelora Bung Karno  (22 November 2011) itu, kemenangan terpaksa di tentukan menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 90 minit permainan sebenar dan masa tambahan.

Kejayaan anak-anak buah Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian skuad senior bimbingan Datuk K. Rajagobal yang menamatkan penantian selama 20 tahun ketika memenangi pingat emas pada temasya di Laos pada tahun 2009.

09 November 2011

Aku Mengaku Kalah

PERTEMBUNGAN dua budaya yang berbeza. Aku sudah tidak mampu lagi untuk mempertahankan ideologi konservatif yang menjadi pegangan aku selama ini. Aku tewas dengan kemunculah beberapa ideologi baharu seperti kapitalisme, komunisme, sekular, nasionalis dan lain-lain.

Akhirnya, aku mengaku kalah. Pembaharuan yang cuba aku perkenalkan tidak dapat diterima pakai meskipun ia mempunyai tujuan yang baik. Aku gagal dalam percubaan untuk membentuk sebuah pasukan yang hebat. Mungkin zaman kegemilangan aku sudah berakhir.

Hampir sembilan tahun aku berada di sini. Banyak tranformasi telah berlaku. Ada yang pergi, ada yang masuk. Ada yang datang semula dan kemudiannya pergi semula meninggalkan aku.

Tetapi aku tetap utuh berdiri di sini meskipun pada satu ketika aku dicampak jauh ke Pantai Timur di Semenanjung Malaysia.

Jadi, daripada aku 'menyemakkan' pemikiran aku untuk memikirkan masalah orang lain, lebih baik fokus pada karier dan keluarga aku. Buatlah apa yang kau orang suka. Nak masuk ke, nak keluar ke, nak datang ke, nak balik ke, nak hilang ke atau apa sahaja, aku tak lagi ambil peduli.

Banyak perkara yang aku tidak setuju. Tapi siapalah aku untuk mempersoalkan 'kehebatan' kau orang semua.

Ada seorang itu, sibuk berpesatuan. Cakap mengalahkan ahli politik. Bagi aku, tak salah kalau nak berpolitik tapi jangan sampai abaikan kerja hakiki. Pandai-pandailah bahagikan masa. Perlu ingat, kau dimanahkan untuk melakukan tugas-tugas harian. Berpesatuan itu cuma tugas sampingan.

Yang seorang lagi ini, katanya tidak sihat. Perlu menjalani pembedahan dan berehat selama satu bulan. Itu adalah hak kau dan aku tidak mempertikaikannya. Aku turut simpati dengan dugaan yang kau terima. Tapi sehingga kini, hampir dua bulan aku tak dengar cerita. Kelibat kau masih tak nampak. Entah hidup, entah mati, aku pun tak tahu.

Yang ketiga, katanya ada tugasan luar. Assignment tu pukul 12 tengah hari di Menara Kuala Lumpur tapi sampai ke petang tak muncul-muncul. Tiba-tiba aku dapat sms. Dia minta sedikit pelepasan untuk tidak masuk pejabat sebab pagi tu dia cover sesi latihan skuad badminton negara. Lepas tu, jumpa atlet olahraga sebelum pergi assignment.

Dah tahu bos tak ada, aku yang jaga desk. Jadi, apa salahnya kalau kau inform aku lebih awal pergerakkan kau. Apa-apa berlaku, boleh juga aku pertahankan kau. Nak dijadikan cerita, malam tu aku saja call dia, tanya atlet badminton yang berlatih pagi tadi pakai baju warna apa sebab aku nak pakai gambar dia. Dia jawap tak ingat, logik ke alasan dia...

Yang keempat, dapat arahan untuk cover perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Singapura. Tengok live dekat TV jer. Game tu start pukul 5 petang tapi pukul 3.30 petang dia dah tak ada dan langsung tak masuk pejabat. Mungkin dia pegi cari TV yang ada skin besar kot. Senang nak buat laporan.

Yang kau kelam-kabut nak pegi awal ni buat apa. Bukannya nak pegi stadium pun. Dekat pejabat pun ada TV. Selama ini, kita orang tengok TV kat pejabat jer. Boleh jugak buat stori. Apa bezanya...

Masalanya, kau keluar tanpa menyiapkan tugas-tugas di pejabat. Banyak stori-stori yang kau 'pick' tak diterjemahkan. Kau tinggalkan begitu sahaja. Suruh orang lain tolong siapkan. Sepatutnya, kau rancang lebih awal. Kau dapat arahan untuk cover game tersebut beberapa hari sebelum itu...

Yang terakhir dan kelima, sibuk mengalahkan Perdana Menteri Malaysia. Ke hulu, ke hilir dengan muka tension. Berserabut. Macam orang paling banyak kerja. Tapi hasilnya hampeh. Dua kali pergi cover game di Stadium Shah Alam tapi tak buat stori. Macam-macam alasan dia bagi.

Bila aku call, dia cakap esok dia tak kerja, jadi tak payah buat stori. Tak payah pegi interview pemain, jurulatih atau pengurus. Senang betul kerja dia. Bertuah betul dia. Dulu, aku tak pernah dapat peluang macam ini...

Kini, hanya tinggal tiga orang lagi. Masih baharu dan fresh. Tapi apalah yang mampu aku lakukan sekiranya 'senior-senior' mereka dah berkelakukan macam ini. Jadi, nasihat aku kepada ketiga-tiga orang baharu ini, pandai-pandailah jaga diri. Buatlah pilihan yang tepat.

05 November 2011

Hari Raya Korban

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua rakan-rakan...

Sedia untuk berkorban dan dikorbankan...

01 November 2011

Wajah Baharu The Black Pearl

SELEPAS beberapa tahun hilang arah dan terumbang-ambing di lautan yang bergelora, kapal The Black Pearl milik kapten Jack Sparrow akhirnya kembali belayar di laluan yang sebenar.

Di bawah kendalian pemangku kapten dan beberapa anak kapal yang baharu, The Black Pearl akan meneruskan legasinya, sekali gus mengekalkan statusnya selaku sebuah kapal yang berprestij. Disegani dan digeruni pihak musuh.

Beberapa perubahan drastik telah dilakukan. Tidak ada yang terkecuali. Sama ada suka atau tidak, semua krew termasuk 'orang-orang kuat' kapten asal perlu akur dengan peraturan yang ditetapkan.

Sekalung tahniah buat pemangku kapten yang dilantik serta merta untuk memikul tugas itu selepas kapten asal terpaksa direhatkan buat sementara waktu kerana mengalami masalah kesihatan. Moga kapten cepat sembut, hahahaha.....

Mungkin tekanan bertali-arus dari dalam dan luar telah menyebabkan kapten asal berada dalam situasi yang sangat tertekan. Kegagalan mengawal perasaan mungkin menjadi punca kesihatannya terjejas.

Kini, semua krew ada tugas masing-masing. Ada peraturan yang perlu diikuti. Tidak boleh buat sesuka hati seperti mana yang dilakukan sebelum ini. Sekarang masa untuk bekerja dengan komitmen 100 peratus.

Status krew semuanya sama. Tidak ada yang senior dan junior. Status seniority yang diagung-agung sebelum ini sudah 'di tong sampahkan'. Mana-mana krew yang gagal berbuat demikian, mereka akan menerima hukuman yang setimpal.

Wajah baharu kapal The Black Pearl, hahahaha.....

30 October 2011

Piala Malaysia 2011

TAHNIAH buat Negeri Sembilan, takziah buat Terengganu. Perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam pada 29 Oktober lalu cukup menghiburkan. Selain taktikal, kemenangan juga bergantung kepada nasib. Tuah buat Hairuddin Omar, malang buat Mohd. Sharbinee Allawee.

Para pemain Negeri Sembilan menjulang trofi Piala Malaysia 2011 selepas menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam.


 Hairuddin Omar (kanan) dan Mohd. Sharbinee Allawee (kiri).

17 October 2011

Kerja & Percutian di Langkawi

MASA untuk bekerja sambil bercuti sempena Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) dari 16 hingga 24 Oktober 2011.





04 October 2011

Ibarat Bom Jangka

HARI ini (04.10.2011) genap seminggu aku meluahkan rasa ketidakpuasahan hati ini. Aku suarakan segala masalah yang aku hadapi selama ini. Aku dedahkan segala kepincangan yang berlaku. Aku rasa, dia adalah orang yang paling layak untuk menyelesaikan segala permasalahan ini.

Dengan hormatnya, aku minta dia buat sesuatu. Buka mata dan lihatlah di sekeliling. Perbetulkan segala kepincangan yang berlaku kerana kami umpama 'bom jangka' yang menunggu masa untuk meletup.

Aku harap, dia dapat berlaku adil, bijaksana dan berwibawa untuk melakukan sesuatu yang positif. Aku menaruh sedikit harapan meskipun aku dapat menjangkakan 'harapan hanya tinggal harapan'.

Aku rasa, tahap kesabaran aku sudah sampai ke kemuncaknya. Sudah terlalu lama aku bersabar. Selama ini, aku tidak pernah 'berkira' dan sentiasa patuh dengan arahan yang diberikan.

Jadi, aku tidak lagi boleh mengharap. Aku perlu membuka 'langkah' untuk tidak berterusan menjadi 'kambing hitam' atau pendusta semata-mata untuk menutup kesalahan dan kelemahan orang lain.

Aku sudah 'insurans' kan mulut aku. Jadi, lepas ini, aku tidak akan teragak-agak untuk bercakap. Yang salah tetap salah.

Ada tiga faktor kenapa aku menghormati dia. Pertama, umur dia lebih tua daripada aku. Kedua, dia ebih senior dan berpengalaman dalam bidang ini. Ketiga, aku cuma orang bawahan.

Tetapi, kalau macam inilah perwatakan dia, tak guna aku menghormati dia. Tak ada faedahnya aku nak menjaga hati dia. Aku akan memberontak dan aku ada cara aku sendiri untuk melakukannya. Aku tidak takut 'di cop' sebagai budak kurang ajar. Aku dah bagi dia cukup masa untuk berubah dan mengubah.

Aku akui, selama ini dia banyak membantu aku dalam membina karier dan kerjaya. Aku tidak boleh menafikannya. Tetapi, untuk menjadi seseorang yang lebih baik daripada dia, aku hanya perlu mengambil yang positif dan meninggalkan yang negatif.

Sebagai orang atasan, kita perlu ada perwatakan tersendiri. Berdedikasi dan berdisiplin dalam menjalankan amanah. Perlu ada perancangan dan strategi jangka pendek serta panjang. Pandai mengatur masa dan jadual agar menjadi ikutan orang-orang bawahan setiap masa.

Tetapi kalau kita sendiri tidak berdisiplin, tidak mengikut masa, tidak ada perancangan, 'main tangkap muat sahaja' ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, susah untuk dijadikan teladan.

Atas faktor ini, orang-orang bawahan semakin hari semakin 'naik tocang'. Buat peraturan sendiri. Suka hati nak buat apa dan ada yang langsung tak buat apa-apa setiap hari.

Aku tak tahulah. Sama ada dia memang tak nampak atau buat-buat tak nampak. Aku keliru...

Mungkin sudah lama berada di atas sehingga dirasakan paling hebat. Mendapat kepercayaan orang-orang atasan. Kalau dia tak ada, kita akan pincang.

Kalau inilah tanggapan dia, ternyata dia silap. Dia harus sedar, tidak ada sesuatu pemerintahan yang kekal selama-lamanya di dunia ini. Sejarah telah membuktikan, pemerintah yang zalim, korup, tidak berdisiplin dan sebagainya akan hancur. Hakikat ini, tidak perlu dipertikaikan lagi.

Begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangan aku. Kau jangan ingat, kau boleh buat apa yang kau suka. Meskipun orang tak tahu atau buat-buat tak tahu, kau masih ada tugas yang perlu dilaksanakan. Aku tidak teragak-agak untuk menjadi 'pengkhianat' semata-mata mahu menyedarkan kau. Kembali membawa kau ke pangkal jalan.

03 October 2011

Wajah-wajah rakan sebaya

PADA 01 Oktober 2010 lalu, aku terlepas peluang untuk bertemu sahabat-sahabat lama ketika bersekolah di Sekolah Rendah Felda Lui Timur pada tahun 1980-an. Meskipun tidak semua yang hadir, aku menganggap ia sebagai satu 'kerugian'.


Berlainan sungguh wajah-wajah mereka. Ada yang seakan-akan sudah 'berusia'. lebih dari ..., hahaha.Kira-kira 30 tahun lalu, mereka merupakan kanak-kanak yang masih 'berhingus' dan teruja untuk mendapatkan ilmu di sekolah rendah.


 Bagaimanapun, selepas tamat darjah enam dan ada yang lebih awal daripada itu, telah membawa haluan masing-masing dalam mengejar cita-cita. Harap-harap, ini bukan pertemuan yang terakhir dan selepas ini pasti ada re-union lagi. Insyaalah...


Dari kiri... Azmi, Awie dan Azzi
Rakan se-rempit aku, Hasrol (kanan)
Azmi (kiri) dan Faizal Majid yang kelihatan sudah berusia, hahaha...
Dari kiri... Rosmawati, Muarizan dan Norlizah

Dari kiri... Saadiah, Rosmawati dan Muarizan

21 September 2011

Dilanda Tsunami?

SEBENARNYA, aku sudah bosan untuk berbicara mengenai masalah di tempat kerja. Sudah bertahun-tahun aku berdepan masalah yang sama. Seakan-akan tidak ada penghujungnya. Sudah ramai sahabat aku 'mati' memikirkan masalah ini.

Jadi, daripada aku 'menyemakkan' otak aku daripada terus berfikir masalah ini, lebih baik aku berhayal mengenai perkara lain. Lantak koranglah nak jadi apa. Kepada mereka yang makan 'gaji buta' dan lebih banyak bercakap dari bekerja itu, sedar bahawa dunia ini semakin hampir ke penghujungnya.

Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, angin bertiup semakin kencang. Tsunami bakal melanda. Rombakan besar-besaran dijangka berlaku. Tetapi tak tahulah sama ada di peringkat atasan sahaja atau sampai ke akar umbinya. Sama-sama kita tunggu...

Bagi aku, apa sekalipun yang berlaku, aku tak kisah. Insyaalah, Allah S.W.T akan memelihara kehidupan aku, keluarga aku, kerjaya aku dan karier aku. Cuma, kepada mereka yang merasakan diri mereka 'hebat' dan 'suci', kita tunggu dan lihat.

Bagi sahabat aku dah sudah meninggalkan 'medan peperangan' ini, aku mengucapkan selamat maju jaya buat anda semua. Moga, memperoleh rahmat dan kejayaan.

04 August 2011

Salam Ramadan Al-Mubarak

SUDAH lama aku tak update blog ini. Entak kenapa, sejak akhir-akhir ini keinginan aku untuk mengemaskini blog ini menjadi sedikit pudar. Sebenarnya, banyak perkara yang ingin aku luahkan dan kongsi bersama pembaca dalam blog ini. Entahlah....

Mungkin, catatan ini akan memberi semangat untuk aku kembali aktif menulis dalam blog ini. Ini kerana, selepas ini banyak 'peristiwa' yang akan aku lalui dalam kehidupan seharian

Masalah kerja yang tidak akan 'selesai'. Ditambah dengan 'pemimpin' yang mula menunjukkan sikap dan perwatakan seperti 'diktator'. Kalau dalam cerita Tiga Abdul arahan Allayarham Tan Sri P. Ramlee.

"Eee… itu tidak adil… itu namanya diktator," Abdul Wahib menyanggah kata-kata kakandanya, Abdul Wahab.

Sikap ego dan 'bodoh sombong' pemimpin itu akan berterusan. Mungkin ia akan tamat apabila dia meninggal dunia....

Lepas satu, satu. Ada sahaja idea 'bodoh' yang diperkenalkan. Langsung tidak mengambilkira hati dan perasaan orang lain.

Begitupun, aku tidak mahu menyentuh secara mendalam mengenai 'pemimpin' itu pada catatan kali ini. Cukup sekadar memberi mukadimahnya sahaja. Mungkin pada entry yang lain, isu ini akan dibangkitkan semula.

Sempena bulan yang mulia, Ramadan Al-Mubarak ini aku cuba untuk tidak 'menambah dosa' dengan menyingkap keburukan orang lain. Selagi aku boleh bersabar, aku akan bersabar. Tapi kesabaran itu ada batasnya.

Tambahan pula, sekarang ini mood aku tengah baik. Sejak 29 Julai lalu, aku ambil cuti tahun dan berehat di rumah. Luangkan masa bersama keluarga. Juga luangkan masa untuk menambah ilmu di dada dan beramal ibadat. Moga, semua pekerjaan aku mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Insyaalah.

Pada 9 hingga 24 Ogos ini, aku akan berlepas ke Shenzhen, China untuk membuat liputan Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011. Lepas itu, aku akan sambung cuti untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Jadi, tahun ini aku cipta sejarah tersendiri apabila tidak bekerja (pergi pejabat) sepanjang sebulan pada bulan Ramadan ini.

11 June 2011

Transformasi Motosikal Aku

1. Honda C70 (Lampu Bulat)
INI adalah motosikal pertama yang aku naik. Aku pandai naik motosikal ketika masih di sekolah rendah iaitu pada pertengahan tahun 1980-an. Oleh kerana motosikal ini lebih tinggi daripada aku, aku terpaksa mencari 'divider' atau tempat tinggi setiap kali berhenti. Fungsi utama motosikal arwah ayah ini adalah untuk mengangkut getah sekerap dan getah cair dari kebun ke stor. Bagaimanapun, aku menjaga motosikal ini dengan baik, sekali gus menjadikannya seperti 'motosikal perang' (bunyi macam ribut, lari macam siput) untuk mengelilingi kampung (Felda Lui Timur) bersama-rakan sebaya yang lain pada setiap petang. Motosikal ini emak aku dah jual tapi dia jual body dan enjin sahaja (dah jahanam).

2. Honda C70 (Lampu Petak)
DENGAN motosikal ini, aku mula mengenali dunia luar. Tanpa pengetahuan arwah ayah dan emak, aku telah menjelajah ke kampung-kampung lain. Meskipun tiada lesen memandu dan tidak memakai topi keledar, aku pergi banyak tempat termasuk Jeram Lui Barat (sekarang Hutan Lipur De Bana) Jeram Serting Hilir, Bandar Baru Serting (Felda Raja Alias) dan sebagainya. Ketika umur aku 16 tahun, aku telah mengambil lesen memandu dan lulus dengan sekali 'test' sahaja. Langkah aku makin panjang dan aku pernah sampai ke Melaka dengan menaiki motosikal ini. Motosikal ini masih ada dalam simpanan aku tapi tinggal body dan enjin sahaja.

3. Suzuki RC110
INI motosikal syarikat (Affin Finance Berhad). Aku diberi kepercayaan untuk membawa pulang dan menjaga motosikal ini bagi memudahkan aku menjalankan tugas selaku 'budak penghantar surat' di syarikat kewangan berlesen itu. Aku jaga motosikal ini seperti milik aku sendiri. Dengan motosikal ini, aku telah mengenai Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Semua tempat aku pergi dan semua lorong aku redah termasuk 'lorong-lorong hitam' di kota metropolitan ini. Malah, aku juga pernah bawa motosikal ini balik ke kampung aku. Setahun aku guna motosikal ini. Banyak sungguh jasa motosikal ini.

4. Yamaha RXZ135 (Hijau)
INI adalah motosikal pertama yang aku beli dengan duit poket aku sendiri. Lama juga aku 'ikat perut' sebab hendak kumpul duit beli motosikal ini. Aku paling sayang dengan motosikal ini. Dengan motosikal ini, aku mula menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia. Bersama rakan-rakan kelab (Mohican dan Raris), kami berkonvoi ke beberapa negeri termasuk Perak (Pulau Pangkor), Pahang (Cherating), Melaka (Pangkalan Balak), Johor (Desaru) dan lain-lain. Motosikal ini cukup digeruni kawan dan lawan kerana aku telah ubah suai untuk mencapai kelajuan 200km/s. Lebuh raya PLUS (Kuala Lumpur - Seremban) menjadi saksi. Jalan lama Bukit Putus (Kuala Pilah) yang bengkang-bengkok itu pun sudah jadi lurus. Aku juga sudah 'test' banyak jalan raya dan lebuh raya di Lembah Kelang. Jalan Parlimen, Jalan Kuching, Bulatan Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Selayang dan Lebuhraya Damansara serta Bukit Raja menjadi destinasi aku dan rakan-rakan kelab yang lain setiap malam hujung minggu.

Suatu hari, seorang kawan aku pinjam motosikal ini. Katanya, dia hendak balik kampung sebab ada kecemasan. Atas dasar persahabatan, aku pun bagi pinjam meskipun dengan hati yang berat. Tetapi dia tidak pulangkan motosikal ini seperti mana yang dijanjikan. Dia juga langsung tifak dapat dihubungi. Aku dan beberapa rakan yang lain ambil keputusan untuk mencari budak itu sehingga ke kampungnya. Kami berjaya mencari budak itu tetapi motosikal aku sudah jahanam. Dia cakap, dia terjatuh ketika cuba untuk mengelak seekor kerbau yang melintas jalan. Aku ambil keputusan untuk jual sahaja motosikal itu kepada budak tersebut dan dia berjanji akan bayar seperti mana harga yang dipersetujui.

5. YAMAHA RXZ135 (Merah)
SELEPAS peristiwa itu, aku beli lagi sebiji motosikal Yamaha RXZ (warna merah). Tapi baru beberapa minggu aku guna motosikal itu, aku terbabit dalam satu kemalangan di Lebuhraya Rawang. Kemalangan terburuk dalam karier 'rempit' aku. Pada kelajuan 150km/s, tayar depan motosikal aku tiba-tiba pancit. Aku tidak boleh buat apa-apa selain daripada 'superman' di atas jalanraya. Mujur tidak ada kenderaan lain yang merempuh aku.

Dengan motosikal ini, aku dan empat rakan lain telah membuat satu konvoi 'naked' ke Bukit Kayu Hitam (sempadan Malaysia-Thailand). Sekadar membayar RM10, kami dan motosikal masing-masing dibawa masuk Danok, Thailand secara haram. Kami tidur satu malam di sebuah rumah tumpangan di pekan koboi itu. Dalam perjalanan balik, kami singgah di Kangar (Perlis), Alor Setar (Kedah) dan Pulau Pinang.

Beberapa bulan kemudian, aku mempunyai dua motosikal Yamaha RXZ. Aku telah mengambil semula motosikal pertama aku selepas rakan aku gagal melunaskan bayaran seperti mana yang dijanjikan. Memiliki dua motosikal RXZ dalam suatu mana, aku tak mula fikir sesuatu. Aku ambil keputusan untuk membuat pertukaran 'suka sama suka' dengan rakan sekerja aku. Aku bagi dia motosikal Yamaha RXZ warna merah dan aku ambil motosikal Suzuki Panther dia.

6. Suzuki Panther
KETIKA ini, aku ada dua motosikal iaitu Yamaha RXZ dan Suzuki Panther. Sebelum aku hantar Yamaha RXZ aku ke kampung, aku dan buat 'full modified' dan kelajuan motosikal itu melebihi 200km/s. Setiap bulan aku balik kampung dan setiap bulan juga motosikal aku akan bertukar. Ramai yang heran, malah ada pakcik dekat rumah aku cakap aku pakai motosikal curi. Selepas beberapa tahun, aku ambil keputusan untuk menjual motosikal Yamaha RXZ itu sebab aku dah ''insaf' (tak nak berlumba haram lagi).

Suatu hari, selepas tamat waktu kerja, aku pergi ke tempat aku letak motosikal Suzuki Panther aku. Ketika itu, aku kerja di Affin Finance Berhad cawangan SS2, Petaling Jaya. Pada mulanya, aku ingat aku salah letak tetapi selepas puas mencari, baru aku sedar yang motosikal aku sudah kena curi. Aku pun buat laporan polis sekadar memenuhi prosedur.

Selepas jual motosikal Yamaha RXZ, motosikal Suzuki Panther aku pula kena curi. Dengan ini, aku dah tak ada motosikal lagi. Tapi nasib baik aku ada kereta Perodua Kancil.

7. Honda EX5
AKU beli sebuah motosikal Honda EX5 (second hand) sebab tidak sanggup tersekat dalam kesesakan jalan raya setiap kali pergi dan pulang dari kerja. (Bandar Tasik Selatan ke Petaling Jaya). Aku pun sudah malas mencari kotak parking dan bayar sewa parking. Tapi aku guna tidak lama motosikal Honda Ex5 ini. Aku 'train-in' motosikal ini untuk membeli sebuah motosikal baru Yamaha 125Z.

8. Yamaha 125Z
LAMA juga aku guna motosikal ini. Aku guna motosikal ini untuk berulang-alik dari Seremban ke Kuala Lumpur. Beberapa tahun lalu, aku bagi motosikal ini kepada adik lelaki aku dan sehingga sekarang dia masih menggunakannya.


9. Kawasaki KR150 (Ninja)
SEBAB tak sanggup hendak naik motosikal 'kapcai' berulang-alik dari Seremban ke Kuala Lumpur, aku ambil keputusan untuk membeli sebuah motosikal Kawasaki KR150 berwarna hitam. Motosikal ini aku beli dengan bayaran tunai. Inilah kenderaan yang aku guna untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja setiap hari. Tapi baru beberapa bulan aku beli, aku dan 'test' jalan raya di Chan Sow Lin. Keras jugak jalan raya tu. Hampeh punya anjing, masa aku lalu, masa itulah dia hendak melintas jalan. Akibatnya, aku dan anjing itu 'tempang' balik rumah.

10. MZ Moskito 125RX (Skuter)
MOTOSIKAL ini aku dapat secara percuma. Aku menang hadiah utama cabutan nombor bertuah sempena Fiesta Media Idola di Kuantan pada tahun 2007. Manariknya, hadiah ini telah disampaikan oleh pelakon wanita kontroversi, Fasha Sanda. Motosikal ini masih ada dalam simpanan aku dan berada pada kondisi terbaik.
endzass...

08 June 2011

Tawaran Kelab Baru...

SEJAK Ahad lalu, kotak fikiran aku telah 'disantak' dengan isu perpindahan 'pemain'. Seorang sahabat aku memberitahu, dua orang rakan sekerja aku (unit berlainan) sedang menimbangkan keputusan untuk berhenti kerja.

Katanya, kedua-dua individu itu sudah mendapat tawaran dari sebuah syarikat lain dan hanya menunggu masa untuk berhijrah ke sana. Sama ada betul atau tidak cerita ini, aku sendiri tidak pasti. Tetapi apa yang boleh aku katakan 'SYABAS' kepada mereka.

Aku tak mahu fikirkan sangat pendedahan di 'pokok ceri' itu kerana bagi aku, itu hak masing-masing. Tetapi bagi aku, banyak perkara yang perlu difikirkan sekiranya kita hendak 'berhijrah' ke tempat lain.

Aku ingatkan cerita itu sudah berakhir dan tidak ada sambungannya. Tetapi ramalan aku langsung tidak benar.

Malam semalam, aku sekali lagi dikejutkan dengan isu 'perpindahan pemain' ini. Tapi kali ini melibatkan rakan seperjuangan aku.Bermula dengan komen di laman sosial Facebook, kami berbincang mengenai tawaran ini.

Segala-galanya bermula dengan kekosongan tempat yang dialami 'rival' kami selepas salah seorang individu (yang tidak kurang hebatnya) meninggalkan syarikat itu. Maka, tercetuslah perbualan ini...

WATAK UTAMA:
"haha, tawaran beraksi di rooftop tu cukup menggoyahkan hati... Akan cuba dipertimbangkan jika terma dan syarat kontraknya menarik..."

WATAK KEDUA:
"saya dah cukup tua untuk menyertai pasukan tuan. biarlah pelayer2 muda yang menyertai pasukan tuan, hehehe"

"aku dah bersara terus dari pentas antarabangsa dan liga domestik. sekarang aku fokus pada karier."

"kalau aku cari team barupun aku akan bealih ke acara lain."

WATAK UTAMA:
"buat pe ko nak fokus pd karier sedangkan kelab sendiri tak menjaga kebajikan pemain?"

"buat pe k***o trus ikat kontrak jangka pjg dgn aku sedangkan aku hanya diletakkan utk memanaskan bangku simpanan selama beberapa musim dah tanpa diberi byk peluang beraksi..." Hehehe...

"wah dah ghupe pegawai promosi..hehe.. Tp aku risau pengurusan kelab n*********n tu akan cuba menaikkan gaji atau menawarkan lanjutan kontrak baru wpun ia umpama mimpi je la...

WATAK KETIGA:
"Tp bila membaca perbualan awal dlm status ni...mcm ada pakatan di blkg tabir la...minta beri penjelasan skit bila balik t**i nanti...hahaha

WATAK UTAMA:
"haha,sume urusniaga akan dijalankan di tanah air.."

06 June 2011

Padah mengatur keputusan perlawanan bola


SEREMBAN – Bekas ketua jurulatih skuad Piala Presiden Negeri Sembilan didakwa di Mahkamah Seksyen di sini atas 21 tuduhan memberi rasuah dengan jumlah keseluruhan RM24,900 kepada para pemain skuad berkenaan untuk mengatur keputusan satu perlawanan pada April lalu.

Yusarman Yusof, 35, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan memberi rasuah berjumlah RM24,900 kepada 11 pemain bola sepak pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan antara 19 hingga 22 April lepas dibacakan di hadapan Hakim Datin Nursinah Adzmi.

Sebelas pemain terbabit ialah D. Adrian, Mohamad Zulfadhlie Mohamad, Muhammad Zaidi Othman, Mohamad Yatim Abdullah, Muhammad Haikal Mohamad Nazri, Norhairi Abd. Rahman, Muhammad Rizqi Azman, Anwarul Hafiz Ahmad, Suhairy Johari, Hamirul Fahamie Abu Yazid dan Mohd. Hafiz Mohd. Nor.

Yusarman dituduh memberi suapan antara RM200 hingga RM2,000 kepada pemain pasukan itu.

Ia sebagai dorongan supaya mereka membantu menjaringkan gol dan memberi peluang kepada pemain pasukan bola sepak Piala Presiden Pulau Pinang SDM Navy menjaringkan gol apabila mendapat isyarat daripada seseorang bagi perlawanan di Stadium Bertam, Pulau Pinang pada 21 April lepas.

Dalam perlawanan itu, Negeri Sembilan menang 5-2.

Sebelas daripada pertuduhan itu dilakukan di Pusat Komersial Cempaka, Taman Cempaka, Senawang dekat sini pukul 5 petang 22 April lalu, manakala sembilan pertuduhan dilakukan di tempat yang sama pada pukul 9 malam 19 April lalu dan satu pertuduhan dilakukan di sekitar Seremban pada 10 malam hari yang sama.

Bagi setiap tuduhan dia didakwa mengikut Seksyen 16 (B)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan dengan kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa raya SPRM, Mohd. Jasmi Buang dan Mohd. Asri Abd. Rahman Sidik manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Nor Hisham Hussain.

Pihak pendakwaan memohon tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 namun dibantah Mohd. Nor Hisham atas alasan anak guamnya tidak mampu selain perlu menanggung keluarganya.

Nursinah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan menetapkan 5 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kosmo! 27 Mei lalu lalu melaporkan, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) membuat laporan polis kerana mengesyaki beberapa pemain termasuk pihak pengurusan skuad bola sepak Piala Presiden negeri ini terlibat dengan kegiatan mengatur keputusan perlawanan.

29 May 2011

Reputasi Kosmo! tercalar?

REPUTASI Kosmo! selaku akhbar kompak paling pantas berkembang akhirnya tercalar. Segala-galanya berpunca daripada penganjuran Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 yang berlangsung pada 26 hingga 29 Mei lalu.

Sejak dilancarkan pada 31 Ogos 2004 lalu (sudah hampir lapan tahun berada di pasaran) semua kakitangan Kosmo! telah bekerja keras untuk memajukan akhbar ini.

Begitupun, pengajuran kejohanan futsal yang berlangsung selama empat hari di Kompleks Futsal 1Malaysia di Presint 18, Putrajaya ini sudah memburukkan reputasi dan nama baik Kosmo!.

Dari segi penganjuran, Kosmo! memang hebat kerana berjaya menarik minat 1,601 pasukan (16,010 pemain) dari seluruh negara untuk berhimpun di Putrajaya sempena sambutan Hari Belia Negara 2011 ini.

Kejayaan itu telah meletakkan Kosmo! di kelas tersendiri, sekali gus mencipta sejarah apabila mendapat pengiktirafan dari Malaysian Book of Record. Du rekod sekali gus iaitu kejohanan paling besar dan terpanjang.

Kejohanan ini turut menawarkan hadiah wang tunai yang cukup lumayan dan pemain juga boleh memenangi hadiah-hadiah sampingan yang tidak kurang hebatnya bagi setiap kategori.

Peserta juga boleh membawa hadiah yang disedia penganjur dan rakan penaja yang lain dengan menyertai beberapa acara sampingan sepanjang empat hari kejohanan ini berlangsung.

Selain Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, kejohanan ini turut mendapat pujian daripada beberapa pemimpin tertinggi negara termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Namun, dari segi teknikalnya, pengajuran kejohanan ini boleh dianggap sebagai gagal. Rata-rata pemain berasa tidak berpuas hati (marah dan memaki hamun) dengan jadual perlawanan yang tetapkan.

Tempoh menunggu lebih daripada 10 jam telah menyebabkan para pemain 'hilang semangat' untuk bermain. Tetapi mereka tidak ada pilihan kerana pendaftaran telah dibuat dan bayaran sudah dijelaskan.

Mahu ataupun tidak, semua kesengsaraan itu terpaksa ditelan meskipun pahit untuk melakukannya. Mungkin inilah akibatnya jika individu yang tidak pernah bermain futsal turut terbabit dalam urusan teknikal.

Bagi meredakan ketegangan itu, para peserta telah menggunakan laman sosial, Facebook Futsal Kosmo! untuk meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing. Pelbagai komen negatif boleh dibaca melalui akaun ini. Namun, tidak ada maklumbalas daripada penganjur seperti sebelum kejohanan ini berlangsung.

Kini, segala-galanya sudah berlaku. Nasi sudah menjadi bubur. Reputasi Kosmo! sudah tercalar dan nama baik Kosmo! sudah tercemar.

Untuk rekod, beberapa tahun lalu, akhbar ini paling mendapat sambutan terutamanya dari golongan remaja. Selain laporan beritanya yang menarik, akhbar ini turut memaparkan berita-berita sukan yang terkini.

Malah, dalam satu servey yang dilakukan, salah satu sebab kenapa akhbar ini mempunyai pembaca yang ramai adalah kerana laporan berita sukan tempatan dan luar negara yang cukup memuaskan.

Sebanyak 11 muka surat (dari muka surat ke-54 hingga 64) diperuntukkan untuk berita-berita sukan ini.

Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, muka surat ini telah dilambakkan dengan iklan-iklan yang adakalanya langsung tiada kaitan dengan sukan tempatan mahupun luar negara.

Ada kalanya, iklan lebih banyak daripada berita. Selain daripada itu, pemilihan beritanya juga kurang memuaskan dan tiada kualiti. Sekadar untuk memenuhi muka surat sahaja.

Jadi, Kosmo! perlu lakukan sesuatu sekiranya mahu akhbar ini kembali berada di hati pembaca. Perubahan perlu dilakukan bagi membolehkan akhbar ini bersaing semula dengan pencabar yang lain di pasaran terbuka. Kosmo! perlu belajar daripada kesilapan...

24 May 2011

Arsenal datang Malaysia

ARSENAL menjadi pasukan Liga Perdana England kedua sah akan menentang skuad bola sepak kebangsaan pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 13 Julai depan.

Terdahulu, naib juara musim ini, Chelsea telah pun mengesahkan akan turun bertemu skuad kebangsaan di gelanggang yang sama pada 21 Julai depan.

Tidak cukup itu, Liverpool juga dikhabarkan akan bertemu skuad kebangsaan pada 16 Julai depan tetapi sidang media pengesahannya dijangka akan dibuat awal bulan depan.

Ia menjadikan pertengahan Julai depan minggu paling sibuk dan meriah buat peminat bola sepak negara kerana tiga perlawanan itu akan berlangsung dalam tempoh seminggu.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, kehadiran tiga kelab dari England itu merupakan satu pengiktirafan selepas kejayaan Malaysia bergelar jagoan Asia Tenggara setelah menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dan Sukan SEA 2009.

“Bagi saya ia secara tak langsung merupakan satu platform buat skuad kebangsaan kita mendapat perlawanan pendedahan yang cukup baik. Pasti ia sesuatu yang tidak dijangka para pemain kita.

“Ini satu peluang keemasan buat setiap pemain terutamanya pemain muda. Tiga perlawanan hebat dalam seminggu. Saya rasa pasukan England atau Brazil pun tak dapat peluang sebegini.

“Jadi harap pemain gunakan sepenuhnya peluang ini. Kalau masih muda, saya pun nak bermain sama,” kata Tengku Abdullah pada sidang media pengumuman tarikh Jelajah Asia Arsenal 2011 di Hotel Saujana, Subang pagi semalam.

Tiket berharga RM58, RM68, RM108 dan RM388 mula dijual pada Jumaat ini di butik Nike Mid Valley, KLCC, Pavilion, One Utama dan Sunway Pyramid serta rangkaian Ticketpro seluruh negara atau secara online di www.ticketpro.com.my.

Pembelian awal akan disertaikan pas masuk percuma menyaksikan sesi latihan pasukan Arsenal di Stadium Nasional pada 12 Julai depan.

Pesan Tengku Abdullah: “Biarpun saya penyokong Arsenal sejak kecil, saya tetap jiwa Malaysia. Harap lebih ramai hadir berjersi kuning daripada berjersi merah. Semangat negara perlu didahulukan daripada keghairahan peribadi.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial Arsenal, Tom Fox yang turut hadir pada sidang media itu menyatakan bahawa China menjadi satu lagi destinasi Jelajah Asia 2011 setelah rancangan ke Jepun dibatalkan kerana tragedi tsunami.

“Ini merupakan kali keempat Arsenal ke Malaysia setelah kali pertama pada 1968 dan kali terakhir kira-kira 12 tahun lalu iaitu pada 1999.

“Sempena ulangtahun ke-125 kelab, kami mahu memulakan pra musim dengan perancangan rapi dan akan menurunkan pemain dari skuad utama untuk perlawanan di Kuala Lumpur nanti,” kata Fox.

18 May 2011

Pakatan Pirates

Antara aksi menarik Jack Sparrow (kiri) dan Angelica.
SEMPENA tayangan filem Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides pada 19 Mei ini, aku mengambil kesempatan untuk mengimbas serba sedikit mengenai filem ini.

Untuk rekod, filem pertama Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl dilancarkan pada tahun 2003. Ketika itu, aku masih bekerja di syarikat lama iaitu di sebuah syarikat kewangan berlesen, Affin-AFC Finance Berhad di ibu negara.

Filem kedua, Pirates of the Caribbean: Dead Man's Chest dan ketiga, Pirates of the Caribbean: At World's End masing-masing dilancarkan pada tahun 2006 serta 2007. Pada masa ini, aku sudah bekerja di sebuah syarikat akhbar.

Aku sangat meminati filem ini. Selain, pelakon dan plot ceritanya yang menarik, ia juga memiliki signifikan yang tersendiri.

Apa yang pasti, ia berkait rapat dengan kehidupan harian aku terutamanya di tempat kerja. Bagi aku, filem ini mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat.

Setahun yang lalu, aku ada post satu entry berjudul ‘THE BLACK PEARL’ dalam blog ini.

Banyak maksud tersirat dan tersurat terkandung dalam entry tersebut. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang memahaminya.

Tanpa disedari, entry tersebut bakal menyambut ulang tahun pertamanya pada 20 Mei ini. Meskipun usianya sudah setahun, ia masih lagi segar dalam ingat aku. Malah, jalan ceritanya juga tidak banyak yang berubah.

Beberapa hari lalu, seorang sahabat aku ada post satu status dalam akaun FB nya yang berbunyi - “Nampaknya kapal ni makin lama makin nak karam, byk sgt bocornya. Perlukah mula mencari kapal yg baru?”

Status ini telah mengingatkan semula kepada entry yang aku post setahun lalu. Rupa-rupanya cerita dalam entry itu masih boleh digunakan sehingga ke hari ini. Selain itu, ia juga telah memberi kesan yang besar kepada watak-watak antagonis yang aku hidupkan dalam entry itu.

Malangnya, entry itu langsung tidak memberi kesan kepada protagonis (watak utama dalam cerita ini). Makin buruk sehingga memaksa sahabat aku itu mengeluarkan kenyataan sedemikian dalam akaun FB nya.

Entahlah. Aku pun dah tak tahu nak buat apa. Makin hari, makin hilang selera aku nak meneruskan tugas-tugas harian di tempat kerja. Motivasi langsung tidak ada. Yang tinggal hanya kesabaran. Tapi sampai bila?


SINOPSIS Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides - Filem aksi yang penuh komedi ini pasti akan menghiburkan anda. Johnny Deep kembali sebagai lanun kegemaran ramai, Jack Sparrow dengan lakonan kelakarnya pasti akan mencuit hati anda. Semasa Jack Sparrow bertemu semula dengan bekas kekasihnya, Angelica (Penelope Cruz), dia memaksa Jack untuk menaiki kapal Queen Anne’s Revenge yang dikendalikan oleh Blackbeard. Suatu pengembaraan penuh luar dugaan bakal dialami oleh Jack Sparrow dalam filem yang paling dinantikan tahun 2011 ini.

28 April 2011

Tiada Lagi Elaun Broadband

PADA 25 Mac lalu, aku pegi mesen ATM. Nak tengok baki gaji. Kenapa gaji aku short?. Aku tak puas hati. Bila aku dapat penyata gaji dari HR, baru aku tahu. Rupa-rupanya elaun broadband yang aku terima sejak bulan Jun 2008 tidak dibayar. Pada pendapat aku, mungkin HR terlepas pandang. Tak apalah, bulan depan HR akan bayar double.

Pada 25 April lalu, aku sekali lagi pergi mesen ATM dengan harapan gaji bulan ini akan bertambah. Tapi malangnya, aku tertipu. Bila dapat penyata gaji, sah HR tak bayar elaun broadband aku (dah dua bulan). Atas rasa tak puas hati, aku call HR sekadar nak minta penjelasan.

Staf di HR tu cakap, syarikat buat keputusan untuk menarik semula elaun broadband yang dibayar sebanyak RM72 kepada pekerja. Katanya, kalau nak maklumat lanjut aku boleh tanya jabatan pentadbiran.

Baru aku sedar. Aku dah ketinggalan. Mungkin aku yang terlepas pandang memo atau notis yang telah dikeluarkan. Tak apalah bukan rezeki aku.

Tapi yang peliknya, kenapa pulak syarikat nak potong elaun broadband yang dibayar kepada pekerja. Dulu cakap lain, sekarang cakap lain. Aku bukannya kerja di syarikat pembinaan atau pengumpul besi buruk. Aku kerja di syarikat surat khabar. Sudah tentu dalam 'dunia tanpa sempadan' sekarang, internet adalah satu keperluan.

Tidak dinafikan, keputusan syarikat ini telah melemahkan motivasi aku untuk berkerja dengan lebih cemerlang. Aku jadi malas, kalau ada stori untuk dibuat, aku buat di pejabat. Kalau aku off, aku tunggu hari bekerja baru buat. Tak payah nak bersusah payah hantar stori lagi.

Pada pendapat aku, syarikat sepatutnya memberikan segala kemudahan kepada pekerja. Syarikat harus membantu pekerja dan bukannya cuba untuk menyekat pergerakan mereka. Dengan cara ini, ia dapat memotivasi pekerja untuk bekerja dengan lebih efektif dan cemerlang.

Berbanding dengan rival syarikat aku, pekerja di sana mendapat pelbagai kemudahan. Gaji mereka lebih besar, begitu juga dengan elaun dan bonus. Malah, mereka juga memperoleh pekej percutian ke luar negara setiap tahun. Untungnya mereka.

Jadi, atas dasar itu aku terpanggil untuk melihat semula surat tawaran kerja yang aku tandatangan pada Ogos 2004. Untuk mendapat keberkatan daripada gaji yang aku terima setiap bulan, aku perlu bekerja dengan jujur, amanah, dan berdisilpin selama lapan jam sehari, lima hari seminggu. Tidak lebih daripada itu...

24 April 2011

Kosmo! menang anugerah

AKHBAR kompak, Kosmo! melakar sejarah apabila dinobatkan selaku Meja ukan Pilihan anjuran saluran televisyen (tv) sukan pertama negara, Astro Arena pada  Malam Anugerah Arena di sebuah hotel terkemuka di ibu  negara malam tadi.

Pemilihan Kosmo! itu sekali gus menjadikannya akhbar  pertama memenangi anugerah tersebut yang diperkenalkan  buat kali pertama sempena menyambut ulang tahun per tama stesen tv berbayar itu.

Kosmo! menewaskan empat lagi akhbar lain iaitu Berita  Harian, Harian Metro, The Star dan New Strait Times.  Akhbar Utusan Malaysia dan Sinar Harian bagaimanapun  tidak termasuk dalam senarai terakhir pencalonan.

Kemenangan itu membolehkan Kosmo! membawa pulang  piala iringan selaku akhbar sukan terbaik pilihan Astro  Arena.

Sementara itu, penyerang sensasi skuad bola sepak negara, Safee Sali muncul Atlet Lelaki Pilihan Berpasukan  selepas menerima 52% undian.

Safee yang menjaringkan lima gol untuk dinobatkan  sebagai penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF Disember lalu  menewaskan rakan sepasukannya yang juga ketua pasukan,  Safiq Rahim.

Dia yang kini beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL)  bersama Pelita Jaya, menewaskan tiga calon lain iaitu  penjaga gol hoki negara, S. Kumar, pemain pertahanan hoki  negara, Amin Rahim dan pemain badminton beregu negara,  Koo Kien Keat.

Kategori Atlet Wanita Pilihan Berpasukan pula dimenangi  penembak negara, Nor Ayuni Abdul Halim yang memperoleh  35% undian.

Ayuni menewaskan empat calon lain iaitu rakan se pasukannya, Nor Suryani Mohd. Taibi, Low Wee Wern  (skuasy), Leong Mun Yee (terjun) dan Sharon Koh (tenpin  boling).

Anugerah Atlet Muda Pilihan pula dimenangi penjaga gol  Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang memperoleh undi  tertinggi iaitu 83%.

Khairul menewaskan pasukan bola jaring remaja, Aricco  Jumitih (angkat berat), Elaine Koon (gimnastik) dan Yeap  Wai Kin (wusyu).

Bagi kategori Atlet Kebangkitan Pilihan pula menjadi milik  jaguh angkat berat negara, Amirul Hamizan Ibrahim yang  memperoleh 42% undi.

Amirul menewaskan pakar pecut lumba basikal negara,  Josiah Ng, Bibiana Ng (menembak), pasukan bola tampar  pantai wanita dan pasukan ping pong wanita.

Kesemua undian dikira berdasarkan undian yang dibuat  orang ramai menerusi laman web rasmi Astro Arena,  www.arena.my.

22 April 2011

Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! kembali lagi


RENTAP Futsal Putrajaya 2 Kosmo! akan berlangsung pada 26 hingga 29 Mei ini. Edisi kali ini pasti lebih meriah. Selain menawarkan hadiah yang lebih lumayan, ada banyak aktiviti sampingan yang akan diadakan sepanjang empat hari kejohanan itu.

Meskipun ada masa 34 hari lagi sebelum kejohanan ini bermula, bahang kehangatan sudah terasa. Kesibutan luar biasa sudah melanda.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan akhbar kompak Kosmo! selaku penganjur bersama, meletakkan sasaran awal iaitu lebih daripada 2,000 orang pemain yang mewakili 2,040 pasukan yang meliputi tujuh kategori akan memeriahkan kejohanan ini.

Lebih menarik, penganjur berhasrat untuk merakamkan detik manis ini dalam The Malaysia Book of Records  dengan menganjurkan kejohanan ini selama 80 jam tanpa henti.

Usaha penganjur ini patut diberi pujian kerana dengan cara ini golongan belia dari seluruh pelosok negara akan berhimpun dan berkampung di Putrajaya dengan satu impian iaitu bersukan.

Bagaimanapun, penganjur perlu belajar daripada kesilapan tahun lalu sekiranya berhasrat untuk menjadikan kejohanan ini sebagai yang terbaik.

Selain masalah-masalah berkaitan dengan kejohanan ini, penganjur juga perlu memandang serius permasalah yang dihadapi oleh petugas-petugas Kosmo! yang terbabit secara langsung ataupun tidak lansung sepanjang kejohanan ini.

Isu yang paling memalukan adalah berkaitan dengan kupon makan dan baju (t-shirt) yang sepatutnya diberikan kepada petugas-petugas yang bersengkang mata 24 jam ini. Janji pihak terbabit untuk memberi setiap seorang sehelai t-shirt masih belum dilaksanakan sehingga har ini.

Lebih menyakitkan hati, orang yang langsung tidak terbabit dengan kejohanan ini dilihat bangga memakai t-shirt yang sepatutnya menjadi milik petugas-petugas kejohanan.

Selain daripada itu, ada juga kedengaran mengenai kehilangan banyak barang-barang seperti hamper, kupon dan sebagainya. Meskipun kesahihan isu ini tidak dapat dipastinya, aku percaya banyak barang-barang itu 'hilang' semasa dalam perjalanan dari pejabat Kosmo! di San Chow Lin ke Putrajaya. Mungkin, dicuri hantu jalan raya kot.

Jadi, untuk edisi kali ini, aku harap pihak yang bertanggungjawab akan bertugas dengan lebih amanah, jujur dan integrasi.

18 April 2011

CFL 2011: MPK, BHL kekal rentak

MINGGU KE-4

HANYA tinggal dua pasukan, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Ban Hoe Leong (BHL) masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas berakhir aksi minggu keempat Liga Futsal Korporat (BHL CFL 2011) semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Real Sports Arena, Teluk Gadong, Klang itu, MPK kekal menghuni tangga teratas liga setelah berjaya membelasah Kosmo! 12-1.

Biarpun hanya ketinggalan 1-3 pada babak pertama, Kosmo! gagal menyekat kemaraan MPK sepanjang babak kedua.

BHL pula berjaya merampas tangga kedua setelah mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Real B-21.

Ia bukan saja kekalahan pertama buat Real B-21 malah pasukan yang dibarisi pemain-pemain berusia bawah 21 tahun itu turut jatuh ke tangga ketiga.

Rising Star Vision pula mengekori di tangga keempat setelah berjaya membelasah Jotun 9-1 manakala Petronas di tangga kelima selepas membelasah Ricoh 12-0.

Westport pula mengekalkan kedudukan tangga keenam apabila berjaya mencatat kemenangan kedua dengan menewaskan Inai Kiara 5-2.

Sementara itu, Northport yang tewas semua perlawanan sebelum ini berjaya meraih tiga mata sulung setelah diberi kemenangan percuma 3-0 ke atas SFFLA.

Saingan minggu kelima bakal berlangsung Sabtu ini dengan menyaksikan Kosmo! akan bertemu Ricoh untuk memburu kemenangan kedua setelah tewas tiga perlawanan berturut-turut.

KEPUTUSAN

MPK                12   KOSMO!      1
PETRONAS    12   RICOH          0
BHL                  3    REAL-B21    2
WESTPORT     5   INAI KIARA 2
RISING STAR 9    JOTUN          1
NORTHPORT 3    SFFLA           0

13 April 2011

Pasukan futsal Kosmo! malang lagi

MINGGU KE-3

SAINGAN bagi tiga kedudukan teratas Liga Futsal Korporat (BHL-CFL 2011) terus sengit apabila Majlis Perbandaran Klang (MPK), Real B-21 dan Ban Hoe Leong (BHL) meneruskan rentak kemenangan mereka.

Pada aksi minggu ketiga di Real Sports Arena, Teluk Gadong, Klang semalam, MPK mencatat dua lagi kemenangan dengan menewaskan Petronas 4-1 dan Inai Kiara 4-2.

Dengan kemenangan bersih selepas empat perlawanan itu, MPK kekal menghuni tangga teratas dengan 12 mata maksimum.

Real B-21 pula kekal di tangga kedua apabila berjaya meraih kemenangan ketiga dengan membelasah Kosmo! 15-0.

BHL yang turut dibarisi dua pemain futsal kebangsaan, Fairuz Mohd. Noor dan Ruzaley Abd. Aziz kekal di tangga ketiga selepas membelasah Nortport 9-0.

Rising Star Vision pula berjaya melonjak ke tangga keempat setelah mencatat kemenangan kedua dengan menewaskan Westport 3-1.

Sementara Jotun yang tewas dua perlawanan sebelum ini naik ke tangga ke-9 setelah meraih kemenangan sulung dengan menewaskan Ricoh 4-1.

Aksi minggu keempat bakal berlangsung di gelanggang yang sama pada Sabtu ini.

Kosmo! yang hanya mencatat satu kemenangan setakat ini bakal berdepan satu lagi tugas sukar berdepan pendahulu liga, MPK.


KEPUTUSAN

MPK                4 PETRONAS    1
REAL B-21    15 KOSMO!        0
JOTUN            4 RICOH            1
RISING STAR 3 WESTPORT   1
MPK                4 INAI KIARA  2
BHL                9 NORTHPORT 0

03 April 2011

Pasukan futsal Kosmo! kena belasah


MAJLIS Perbandaran Klang (MPK) kekal menghuni tangga teratas Liga Futsal Korporat anjuran Ban Hoe Leong (BHL CFL 2011) selepas mencatat kemenangan kedua semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Real Sports Arena, Teluk Gadong, Klang itu, MPK mudah membelasah Jotun 13-1 setelah mereka turut menang perlawanan sulung minggu lalu menewaskan Westport 5-1.

Mengekori MPK di tangga kedua ialah pasukan Real B-21 yang berjaya menundukkan Northport 7-1 semalam setelah mereka menang 4-1 ke atas Petronas minggu lalu.

Satu lagi pasukan yang berjaya mencatat kemenangan kedua berturut-turut ialah BHL yang menewaskan Inai Kiara 6-4 semalam.
 

Westport pula meraih kemenangan pertama dengan menewaskan Ricoh 8-1 manakala Rising Star Vision diberikan kemenangan percuma 3-0 ke atas SFFLA.

Sementara itu, hasrat Kosmo! untuk mencatat kemenangan kedua tidak kesampaian setelah tewas 0-12 kepada Petronas.

Setelah cemerlang menewaskan Jotun 5-2 minggu lalu, Kosmo! tampak pincang dengan ketiadaan beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan dan terikat dengan komitmen kerja.

MPK, Real B-21 dan BHL menghuni tiga tangga teratas dengan 6 mata diikuti Petronas, Westport, Inai Kiara, Rising Star Vision, Ricoh dan Kosmo! dengan 3 mata manakala SFFLA, Northport dan Jotun di tiga tangga tercorot tanpa sebarang mata.

Perlawanan ketiga Sabtu depan menyaksikan Kosmo! berdepan tugas berat apabila bakal bertemu Real B-21 pada pukul 1.40 petang.


KEPUTUSAN MINGGU KEDUA BHL CFL 2011

PETRONAS   12   KOSMO!          0
REAL B-21      7   NORTHPORT   1
BHL                 6   INAI KIARA     4
MPK              13   JOTUN              1
WESTPORT    8   RICOH               1
RISING STAR 3   SFFLA               0

28 March 2011

Pasukan futsal Kosmo! langkah kanan


TIRAI saingan Liga Futsal Korporat anjuran Ban Hoe Leong (BHL CFL 2011) dibuka semalam dengan enam perlawanan berlangsung di Real Sports Arena (RSA), Teluk Gadong, Klang.

Enam pasukan berjaya memulakan saingan liga sepusingan 11 perlawanan sepanjang 11 minggu ini dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan lawan masing-masing.

Ia termasuklah pasukan Kosmo! yang mencatat kemenangan 5-2 ke atas Jotun.

Kosmo! dibarisi pemain-pemain yang terdiri daripada wartawan, jurufoto, pereka grafik dan eksekutif pemasaran.

Ketinggalan 0-1 pada awal permainan, Kosmo! bangkit memperolehi dua gol hasil jaringan Fitri Jamaludin untuk menamatkan separuh masa pertama dengan mendahului 2-1.

Kosmo! terus garang menambah dua lagi jaringan sebaik babak kedua bermula menerusi Farizal Zulkifly untuk selesa mendahului 4-1.

Jotun berjaya merapatkan kedudukan 4-2 selepas itu, namun Farizal melengkapkan hatriknya pada penghujung perlawanan untuk kemenangan 5-2 buat Kosmo!.

Lima lagi pasukan yang berjaya mencatat kemenangan pada aksi pertama semalam ialah Real Sports Arena (RSA), Inai Kiara, BHL dan MPK manakala Ricoh mendapat kemenangan percuma 3-0.

Perlawanan kedua akan berlangsung di gelanggang sama Sabtu depan dari 12 tengah hari hingga 5 petang dan Kosmo! dijadual berdepan Petronas pada pukul 12 tengah hari.



KEPUTUSAN

KOSMO!        5 JOTUN            2
RSA                4  PETRONAS    1
INAI KIARA  4 NORTPORT    1
BHL                5 RISING STAR 2
MPK              5 WESTPORT     1
RICOH          3 SFFLA               0

Sisi Tersembunyi Allahyarham Datuk Baharom Mahusin

“SEUMUR hidup saya, saya tidak pernah berasa susah seperti ini.” Kata-kata ini masih segar dalam ingatan saya meskipun sudah lebih tiga t...