AKHBAR kompak, Kosmo! melakar sejarah apabila dinobatkan selaku Meja ukan Pilihan anjuran saluran televisyen (tv) sukan pertama negara, Astro Arena pada Malam Anugerah Arena di sebuah hotel terkemuka di ibu negara malam tadi.
Pemilihan Kosmo! itu sekali gus menjadikannya akhbar pertama memenangi anugerah tersebut yang diperkenalkan buat kali pertama sempena menyambut ulang tahun per tama stesen tv berbayar itu.
Kosmo! menewaskan empat lagi akhbar lain iaitu Berita Harian, Harian Metro, The Star dan New Strait Times. Akhbar Utusan Malaysia dan Sinar Harian bagaimanapun tidak termasuk dalam senarai terakhir pencalonan.
Kemenangan itu membolehkan Kosmo! membawa pulang piala iringan selaku akhbar sukan terbaik pilihan Astro Arena.
Sementara itu, penyerang sensasi skuad bola sepak negara, Safee Sali muncul Atlet Lelaki Pilihan Berpasukan selepas menerima 52% undian.
Safee yang menjaringkan lima gol untuk dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF Disember lalu menewaskan rakan sepasukannya yang juga ketua pasukan, Safiq Rahim.
Dia yang kini beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL) bersama Pelita Jaya, menewaskan tiga calon lain iaitu penjaga gol hoki negara, S. Kumar, pemain pertahanan hoki negara, Amin Rahim dan pemain badminton beregu negara, Koo Kien Keat.
Kategori Atlet Wanita Pilihan Berpasukan pula dimenangi penembak negara, Nor Ayuni Abdul Halim yang memperoleh 35% undian.
Ayuni menewaskan empat calon lain iaitu rakan se pasukannya, Nor Suryani Mohd. Taibi, Low Wee Wern (skuasy), Leong Mun Yee (terjun) dan Sharon Koh (tenpin boling).
Anugerah Atlet Muda Pilihan pula dimenangi penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang memperoleh undi tertinggi iaitu 83%.
Khairul menewaskan pasukan bola jaring remaja, Aricco Jumitih (angkat berat), Elaine Koon (gimnastik) dan Yeap Wai Kin (wusyu).
Bagi kategori Atlet Kebangkitan Pilihan pula menjadi milik jaguh angkat berat negara, Amirul Hamizan Ibrahim yang memperoleh 42% undi.
Amirul menewaskan pakar pecut lumba basikal negara, Josiah Ng, Bibiana Ng (menembak), pasukan bola tampar pantai wanita dan pasukan ping pong wanita.
Kesemua undian dikira berdasarkan undian yang dibuat orang ramai menerusi laman web rasmi Astro Arena, www.arena.my.

No comments:
Post a Comment