20 May 2010

THE BLACK PEARL

ENAM tahun lalu, ada sebuah kapal lanun yang aktif menjalankan aktiviti harian mereka di samudera yang luas, dikenali sebagai The Black Pearl.

Kapal yang menjadi rebutan antara Kapten Jack Sparrow dan Kapten Barbossa dalam filem Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl

Ketika itu, kapal ini dikemudi seorang kapten yang lantang dan berkarisma iaitu Jack Sparrow sambil dibantu penolong kapten, Barbossa dan beberapa anak kapal yang teruja untuk menjalankan tugas masing-masing.

Meskipun baru beroperasi, kapal ini cukup digeruni pesaing dan pencabar mereka. Namun beberapa tahun kemudian, kapten Jack Sparro telah diserang sakit jantung dan terpaksa melepaskan tugas itu kepada penolongnya, Barbossa.

Oleh kerana, anak-anak kapal masih baru dan belum begitu mahir untuk mengendalikan kapal tersebut, pihak atasan telah melantik orang luar untuk menjadi penolong kepada kapten Barbossa. Pada masa yang sama, salah seorang daripada anak kapal turut dilantik menjadi pegawai atasan untuk membantu meringankan beban kedua-dua pemimpin itu.

The Pirate Ship

Pada mulanya hubungan kapten Barbossa dan penolongnya agak baik meskipun ada perbezaan pendapat yang ketara. Namun tidak beberapa lama kemudian, ‘permusuhan’ antara kapten Barbossa dan penolongnya menjadi semakin ketara dan tidak lagi dapat dikawal kerana masing-masing ada pendapat dan pendirian yang tersendiri.

Pihak atasan dapat menghidu masalah itu dan satu-satunya jalan terbaik untuk menyelamatkan kapal tersebut adalah dengan menyingkirkan penolong kapten itu. Sebagai gantinya, pegawai atasan kapal tersebut telah dinaikkan pangkat untuk menjadi penolong kepada kapten Barbossa dan seorang anak kapal lagi dilantik menjadi pegawai atasan.

Ternyata, pelantikan ini memberi impak yang besar apabila kapal tersebut kembali digeruni pencabar mereka. Dalam tempoh tersebut, beberapa anak kapal saling bertukar ganti, sama ada berhenti atau ditukarkan ke kapal lain. Begitupun, langit tidak selalunya cerah. Kapten Barbossa, penolong kapten dan pegawai atasan tersebut mula tidak sehaluan, sekali gus menyebabkan kapal tersebut kembali bergolak.

Penolong kapten dan pegawai atasan tersebut menuduh kapten Barbossa tidak menjalankan tugas dengan baik dan seringkali menjadikan mereka sebagai mangsa untuk melepaskan diri sendiri. Ekoran daripada kejadian itu, pegawai atasan tersebut telah merajuk dan membawa diri dengan meninggalkan kapal itu manakala penolong kapten masih berada di kapal itu meskipun tidak sehaluan dengan kapten Barbossa.

Untuk mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan pegawai atasan tersebut, pihak atasan telah memanggil pulang salah seorang anak kapal yang sebelum ini menjadi mangsa konspirasi dan dihalau dari kapal itu setahun yang lalu.

Malangnya, kepulangan anak kapal itu tidak kena pada masanya. Dia pulang ketika kapten Barbossa dan penolong kapten dilanda perang ‘dingin’ yang menenggelamkan misi dan visi kapal tersebut. Selain keliru dengan bidang tugasnya, pegawai tersebut juga tidak tahu siapa yang perlu diikutnya - kapten Barbossa atau penolong kapten yang juga sahabat baiknya.

Selepas beberapa bulan berada di atas kapal tersebut, pegawai kapal itu masih lagi ‘blur’ dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Ditambah pula dengan sikap anak-anak kapal yang tidak tahu bidang tugas masing-masing. Kapal itu sudah tidak ada hala tuju dan masing-masing mementingkan serta berusaha menyelamatkan diri sendiri.
    

6 comments:

  1. sangat berkias cerita ini...apapun, bangga dengan keputusan 'pegawai atasan' yang berani mengorbankan diri dengan meninggalkan kapal tersebut demi sesuap nasi yang lebih HALAL...

    ReplyDelete
  2. mula2 aku tak paham cite psl aku nie..
    pas buat perbandingan beberapa kali,aku jadi faham sefaham fahamnnya..hehe
    satu penceritaan yg menarik oleh saudara mn norzasrudin..hehehe

    semalam, penolong kapten pulang awal sbb penat bawak kapal dari pagi spi ke mlm...
    pegawai kapal plak, time anak kapal ni tgh siapkan tugasan hari minggu, pun dia dah blk gak rupanya dlm diam2..hahaha

    kita tgk la apa yg akan terjadi pada kapal ni pada hari ini, sbb anak kapal ni tgh turun ke daratan jap,berehat dua hari,hehe

    ReplyDelete
  3. aku rasa..bagus ganti je kapal laut tu ngan kapal terbang....senang sikit..boleh bawa penolong kapten ngan anak kapal bercuti ke sabah sambil tenangkan fikiran....hahahaha

    ReplyDelete
  4. Lelaki Sabah: Mana boleh tukar kapal laut dengan kapal terbang. Aku pinjam kapal Pirates of the Caribbean untuk menggambarkan betapa dasyatnya cerita yang berkisar dalam kapal ini. Ini adalah satu kisah benar tapi nama, jalan cerita dan watak dalam cerita ini aku dah tukar sikit untuk tujuan komersial, hehehe
    Wan: Hanya orang-orang yang mengalami situasi ini sahaja akan memahami jalan ceritanya. Lepas ini mungkin ada sambungan dia kot, hehehe

    ReplyDelete
  5. okay din...aku akan tunggu sambungan cerita menarik ni dgn setianya, sama cam aku tertunggu2 tayangan filem 2 alam,fenomena dR. Rosmey..hehe

    mus, aku harap pemergian ke sabah nnt dpt menenangkan penolong kapten kapal tu....

    ReplyDelete
  6. gapo dio mu din tulih nih..kawe tok pehe..apo main kias2 lak, tembak jo kasi topek..

    ReplyDelete

Sisi Tersembunyi Allahyarham Datuk Baharom Mahusin

“SEUMUR hidup saya, saya tidak pernah berasa susah seperti ini.” Kata-kata ini masih segar dalam ingatan saya meskipun sudah lebih tiga t...