19 May 2010

RENTAP FUTSAL PUTRAJAYA KOSMO!

INDAH khabar dari rupa. Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan mengenai Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! yang berlangsung di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya pada 14 hingga 16 Mei lalu.

Sebenarnya, aku tidak menyalahkan kejohanan futsal terbesar itu tetapi aku terkilan dengan sikap pihak pengurusan Kosmo! yang aku dianggap tidak profesional.

Dalam tempoh kurang daripada satu bulan, kami berjaya menganjurkan kejohanan futsal sempena sambutan Hari Belia Negara itu meskipun terpaksa bersengkang biji mata untuk menyiapkan senarai pasukan dan jadual perlawanan.

Pada hari-hari terakhir sebelum kejohanan berlangsung, beberapa orang staf unit sukan Komso! tidak cukup tidur kerana terpaksa melayan kerenah big boss. Bayangkan, kami terpaksa menaip semula nama setiap pasukan (lebih 1,000 pasukan) mengikut kategori.

Logo Rentap Futsal Putrajaya Kosmo!

Begitupun segala kerja keras kami seolah-olah sia-sia apabila pihak pengurusan Kosmo! langsung tidak  menghargainya. Selain perasaan penat, aku langsung tidak mempunyai apa-apa yang boleh dijadikan kenangan.

Usahkan sehelai baju-T atau cenderahati yang lain, pihak pengurusan Kosmo! juga langsung tidak mengucapkan terima kasih kepada kami.

Malah rakan-rakan aku yang ditugaskan ke lokasi kejohanan menerima nasib yang lebih buruk apabila kebajikan mereka tidak dijaga.

Menurut cerita rakan-rakan aku, mereka tidak diberi layanan yang baik dan segala janji-janji yang ditabur sebelum kejohanan itu tidak ditunaikan.

Lebih buruk, mereka terpaksa mengutip kupon makanan yang cicir di merata-rata tempat untuk menggalas perut. Katanya, umpama pengemis......
 

3 comments:

  1. nak buat camne din,kita ni kuli,kena je ikut org atasan...
    kuasa utk menghargai,terletak pd diorg
    kita hanya dpt merintih utk berasa tidak dihargai...
    tp paling aku kecewa,pnat2 jer aku tebalkan muka mintak brg2 kat FAS n felda united..
    last2 yg aku nampak, beberapa saja spi ke tgn pemenang cabutan bertuah,yg lain kena rembat oleh org dlm gak...babi tul!

    ReplyDelete
  2. Wan, baru aku tahu kau adalah salah seorang mangsa 'rentap'. Nasib badan, hahaha. Tapi aku dengar, ada gadis2 Kosmo! yang bertugas pada hari itu mendapat pakej percutian ke genting highland, betul ke????

    ReplyDelete
  3. entah la din..aku taktau pun sapa dpt pakej apa ke apa..yg aku tau,aku xdpt apa2...termasuklah ucapan terima kasih..huhuhu..nasib kita din...
    diorg rentap,kita yg sentap!hahaha

    ReplyDelete

Sisi Tersembunyi Allahyarham Datuk Baharom Mahusin

“SEUMUR hidup saya, saya tidak pernah berasa susah seperti ini.” Kata-kata ini masih segar dalam ingatan saya meskipun sudah lebih tiga t...