DARI kanan, Fadzly, Drahman, Mustapa, Norzasrudin, Azizul Fahmi, Khadijah, Radiah dan ...
PATAH tumbuh, hilang berganti. Itulah yang berlaku pada setiap tahun di akhbar kompak, Kosmo!.
Mulai Januari 2011, unit sukan bakal kehilangan seorang lagi rakan.
Kali ini, giliran Radiah Saori pula untuk meninggalkan kami. Radiah antara wartawan yang menjadi pelopor di unit sukan ini bakal pulang ke kampung halaman dan dia akan memulakan tugas di lokasi baru iaitu di Johor Bahru pada 1 Januari ini.
Sejak enam tahun lalu, unit sukan ini telah melalui banyak proses peralihan. Ada yang mengambil keputusan untuk berhenti, berpindah dan dipindahkan.
Setakat ini, hanya Azizul Fahmi Ahmad Zabidi yang masih mampu mempertahankan ‘kerusi’ di unit sukan ini. Lain-lain wartawan telah ramai yang membawa haluan masing-masing.
Manakala aku diberi peluang kedua untuk berada di unit ini selepas ‘ditendang’ ke Terengganu selama setahun pada tahun 2009.
Manakala kami juga kehilangan khidmat Khadijah Mohamad Nor yang berpindah ke unit rencana, Mustapa Lakawa dan Hafiz Abbas dinaikkan pangkat menjadi penolong ketua biro masing-masing di Terengganu dan Pahang.
Selain itu, Mohd. Fadzly Desa dan Drahman Baharun mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat ini.
Ada beberapa lagi nama yang pernah ‘menimba ilmu’ di unit sukan ini seperti Yasmin Raman, Norulzela Rahim (praktikal), Salmi Fasliena Othman (praktikal) dan Tajul Ariffin Abu Hassan (praktikal).
