SEMUA 32 pasukan telah menamatkan perlawanan pertama peringkat kumpulan pada pusingan akhir Piala Dunia 2010.
Begitupun sepanjang 16 perlawanan yang telah berlangsung, kempen kali ini masih bergelut untuk mencapai statusnya sebagai kejohanan berprestij di muka bumi ini.
Setakat ini, kualiti persembahan permainan masih lagi dianggap sederhana dan kurang menghiburkan. Kelibat Wayne Rooney, Cristiano Ronaldo, Fernando Torres dan Kaka lebih dibayangi oleh kehebatan cerita mengenai kebingitan vuvuzela yang kedengaran setiap kali perlawanan berlangsung.
Meskipun Brazil berjaya menewaskan Korea Utara 2-1, debaran saingan Piala Dunia yang penuh klasik masih belum dirasai.
Kejutan paling besar berlaku apabila juara Eropah, Sepanyol tewas 0-1 kepada Switzerland, sekali gus menenggelamkan kehebatan Jerman menewaskan Australia.
Perkara utama yang paling dibimbangi pastinya jumlah gol yang agak sedikit dijaringkan setakat ini.
Selain kemenangan besar 4-0 Jerman ke atas Australia, tiada pasukan lain berjaya menjaringkan lebih dua gol manakala banyak perlawanan berakhir dengan seri 1-1 dan 0-0.
Menurut statistik yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), tiada satu pun pasukan yang berjaya melakukan lebih daripada 10 percubaan tepat pada aksi per tama mereka.
Kebanyakan pemain pula menyalahkan bola rasmi kejohanan, Jabulani buatan Adidas dengan penjaga gol Brazil, Julio Cesar menganggap kualiti bola itu sama seperti bola yang dibeli di pasar raya. Kenyataan Cesar turut disokong Iker Casillas (Sepanyol) dan Gianluigi Buffon (Itali).
Selain itu, turut mendapat kritikan ialah keadaan padang yang dianggap menyebabkan permainan berlangsung dengan begitu laju sekali gus menghalang pemain mempamerkan aksi normal mereka.
Jurulatih Itali, Marcello Lippi berkata, jangan tertipu dengan kecantikan padang yang pada pandangan kasar ia sebenarnya cukup licin dan menyebabkan pemain sukar mengawal bola. Lippi merujuk padang di Stadium Green Point, Cape Town.
Namun masih banyak perlawanan lagi yang bakal berlangsung selepas ini dan diharap ia dapat menyemarakkan lagi saingan Piala Dunia 2010.
spain kalah 1-0 kat swit..not 1-2..
ReplyDeleteTq amoi.... but after Spain, France and Germany also lost...
ReplyDelete