FELDA UNITED dinobatkan selaku juara Liga Perdana 2010 selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Harimau muda dalam aksi saingan liga di Stadium Hang Tuah Melaka malam tadi.
Meskipun saingan masih berbaki satu perlawanan, kemenangan yang dilakarkan anak-anak buah E. Elavarasan ke atas Harimau Muda itu sudah cukup buat mereka bergelar juara lebih awal.
Selepas mengharungi 21 perlawanan, Felda United unggul mendahului carta teratas liga dengan mengumpul 49 mata bagi meninggalkan pencabar terdekat mereka, PKNS Selangor de ngan 45 mata.
Kejayaan yang diraih Felda United itu bakal menyaksikan mereka akan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.
Pada aksi semalam, Munir Amran muncul wira Felda United apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti yang diperoleh pada minit ke-64 selepas lontaran jauh Abdul Ghani Rahman ditepis dengan menggunakan tangan oleh pertahanan Harimau Muda, Amer Saidin.
Barisan pemain Felda United bersorak kegembiraan selepas dinobatkan selaku juara Liga Perdana 2010
Di Stadium Darul Makmur Kuantan, penghuni tangga kedua, PKNS tidak berdepan halangan mencatat kemenangan selepas membelasah Shahzan Muda 8-0.
Di Stadium Majli Perbandaran Selayang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekadar mencatatkan kemenangan tipis ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3-2.
Di Stadium Sarawak, Kuching, tuan rumah ternyata me manfaatkan kelebihan beraksi digelanggang sendiri apabila berjaya menundukkan USM FC 4-2.
Di Stadium Likas, Sabah, tuan rumah mencatatkan ke menangan bergaya apabila membelasah pasukan pelawat, Me laka 8-0.
Di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, tuan rumah, Majlis Perbandaran Muar gagal memanfaatkan kelebihan ber aksi digelangggang sendiri selepas tewas ditangan POS Ma laysia 2-6.
No comments:
Post a Comment