12 July 2012
06 July 2012
Walcott ikut jejak langkah van Persie?
LONDON – Pemain sayap Arsenal, Theo Walcott dilaporkan mahu mengikut jejak langkah Robin van Persie untuk meninggalkan skuad The Gunners.
Bintang England berusia 23 tahun itu kecewa dengan keputusan van Persie yang tidak mahu menyambung kontraknya di Stadium Emirates.
Ketika ini, situasi Walcott sama seperti penyerang Belanda itu.
Kedua-dua pemain ini memasuki tahun terakhir kontraknya bersama Arsenal.
Walcott seringkali menegaskan bahawa dia sentiasa komited dengan masa depannya sebelum van Persie mendedahkan keengganannya menyambung kontrak bersama pasukan itu.
Walcott dan van Persie merupakan rakan karib dan sangat rapat ketika di dalam dan di luar padang.
Keputusan drastik van Persie ini memberi impak yang besar kepada Chelsea bagi mendapatkan Walcott.
Perbincangan tidak rasmi antara Arsenal dan ejen Walcott dilaporkan telah diadakan baru-baru ini.
Di atas kertas, kontrak baharu selama empat tahun itu bakal membolehkan Walcott menerima kenaikan gaji yang besar.
Namun, dia mempunyai pilihan untuk meninggalkan Arsenal dengan yuran perpindahan percuma pada Ogos 2013 atau dijual sekarang sekiranya skuad The Gunners tidak mahu mengalami kerugian besar.
Bagi mengelak perkara itu daripada berlaku, Arsenal perlu serius dengan tawaran yang dikemukakan dan menyediakan dana yang besar sekiranya mereka gagal mempertahankan van Persie.
Sementara itu, Arsenal dilaporkan mahu mengemukakan laporan kepada Persatuan Bola Sepak (FA) England kerana mendakwa Manchester City cuba mendapatkan van Persie secara tidak sah.
Skuad The Gunners yakin, ejen van Persie iaitu Kees Vos telah menghubungi juara Liga Perdana England itu.
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger dan ketua eksekutif, Ivan Gazidis menghubungi Voc kelmarin untuk menyuarakan kemarahan berhubung pengumuman van Persie yang dibuat dalam Twitternya. – Agensi
05 July 2012
Terima kasih Robin van Persie
LONDON – Robin van Persie bakal menamatkan karier bersama Arsenal.
Penyerang Belanda itu berkata, dia tidak akan menyambung kontraknya bersama skuad The Gunners yang akan berakhir pada musim panas 2013.
“Secara peribadinya, saya melalui musim yang hebat bersama Arsenal tetapi impian saya adalah untuk memenang trofi bersama pasukan dan membantu kelab mengecapi kejayaan.
“Saya telah memikirkan mengenai perkara itu tetapi saya mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak saya,” kata van Persie.
Van Persie yang meledakkan 37 gol dalam semua pertandingan untuk Arsenal musim lalu berkata, dia telah berbincang mengenai masa depannya bersama ketua eksekutif, Ivan Gazidis dan pengurus, Arsene Wenger sebelum Euro 2012.
Untuk rekod, Arsenal tidak memenangi sebarang gelaran sejak merang kul trofi Piala FA 2005 dan gagal merangkul gelaran juara Liga Perdana England sejak 2004.
“Bagi menghormati pengurus (We nger), para pemain dan penyokong, saya tidak akan memberikan butiran terperinci mengenai perkara ini.
“Namun, pertemuan bersama Gazidis dan Wenger lalu memberi gambaran yang jelas kepada saya. Kami gagal mencapai persetujuan dalam banyak perkara,” kata penyerang berusia 28 tahun itu.
Van Persie berkata, beberapa pertemuan akan diadakan bersama Arsenal sebaik Gazidis pulang daripada bercuti di Amerika Syarikat (AS).
Beberapa kelab terbaik Eropah menyuarakan minat bagi menandatangani van Persie termasuk juara Liga Perdana England, Manchester City dan juara Serie A, Juventus.
Van Persie memainkan peranan yang besar buat Arsenal musim lalu, muncul penjaring terbanyak liga dengan 30 gol untuk membantu skuad The Gunners layak ke kempen Liga Juara-Juara.
Bagaimanapun, dia gagal mengulangi pencapaian itu di pentas antarabangsa selepas hanya menjaringkan satu gol untuk Belanda pada Euro 2012.
Bagi menampung kehilangan van Persie, Wenger telah menandatangani penyerang Montpellier, Olivier Giroud dan Lukas Podolski dari Cologne sejak akhir musim lalu.
Wenger perlu mengambil kesempatan pada musim perpindahan pemain bulan depan bagi menjual kapten dan penyerang bertaraf dunia itu atau berdepan risiko kehilangannya tanpa mendapat keuntungan apabila kontraknya tamat akhir musim depan.
Namun, senario itu bukan asing bagi Wenger.
Ini kerana, Arsenal hilang beberapa tonggak utama sejak beberapa tahun lalu termasuk Cesc Fabregas yang berpindah ke Barcelona dan Emmanuel Adebayor, Kolo Toure, Samir Nasri serta Gael Clichy yang menyertai City.
02 July 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sisi Tersembunyi Allahyarham Datuk Baharom Mahusin
“SEUMUR hidup saya, saya tidak pernah berasa susah seperti ini.” Kata-kata ini masih segar dalam ingatan saya meskipun sudah lebih tiga t...
-
ENAM tahun lalu, ada sebuah kapal lanun yang aktif menjalankan aktiviti harian mereka di samudera yang luas, dikenali sebagai The Black Pear...
-
BAGAI menanti bulan jatuh ke riba. Begitulah perumpamaan yang boleh digambarkan kepada skuad elit sepak takraw negara yang masih tertungg...
-
“SEUMUR hidup saya, saya tidak pernah berasa susah seperti ini.” Kata-kata ini masih segar dalam ingatan saya meskipun sudah lebih tiga t...