05 November 2013 (1 Muharram 1435H)
DARI stesen
Komuter
Seremban, turun di stesen
Bandar
Tasik Selatan, Naik LRT sehingga ke stesen
Hang
Tuah. Jalan kaki ke Berjaya Times Square.
Menaiki jejantas pejalan kaki ke Plaza Low Yat. Teruskan perjalanan ke
Pavilion Kuala Lumpur, Pertama Kompleks, Campbell dan Sogo. Menyusuri Jalan
Tengku Abdul Rahman, Masjid India ke Masjid Jamek. Terus berjalan ke stesen
bas
Bangkok Bank, stesen bas Klang, Pasar Seni, Pejabat Pos Besar ke KL Central. Naik
Komuter kambali ke Seremban.
SELEPAS menyusuri
kembali ‘lorong-lorong gelap’ yang suatu ketika dahulu menjadi laluan utama
warga kota Kuala Lumpur, aku membuat kesimpulan bahawa Malaysia kini kembali
dijajah.
Sama ada kita sedari
atau tidak, penjajah kali ini lebih dasyat berbanding pada zaman Portugal,
Belanda, Britain, Jepun dan Komunis yang menjajah Tanah Melayu suatu ketika
dahulu.
Bermula dari dalam Komuter
di Seremban lagi, aku sudah dikelilingi ramai pendatang asing terutamanya daripada
Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Vietnam, China dan lain-lain. Aku langsung tidak
faham tutur bahasa mereka. Pada suatu ketika, aku merasakan bahawa aku seolah-olah
sedang menaiki sistem pengangkutan awam di luar negara.
Sebaik sampai di Berjaya
Times Square, aku masih lagi dikelilingi ramai pendatang asing dan kali ini
turut membabitkan rakyat daripada negara Eropah dan Timur Tengah (Arab).
Aku akui, kebanjiran pendatang asing baik untuk menjana ekonomi Malaysia tetapi ia turut memberikan kesan buruk terutamanya peningkatan masalah sosio ekonomi dan jenayah di negara ini.
Aku ‘panjat’ Plaza Low
Yat dan mendapati ramai daripada pekerja (terutamanya pembantu kedai) adalah terdiri
daripada rakyat Bangladesh, Myanmar, Vietnam, China. Ada sesetengah daripada
mereka langsung tidak boleh berturut bahasa Malaysia tetapi tetap diambil
bekerja.
Sebaik tiba di Kompleks
Pertama dan Campbell yang suatu ketika dahulu menjadi lokasi utama warga Kuala
Lumpur ‘melepak’, aku dihidangkan pula dengan kebanjiran rakyat Pakistan. Malah,
ada sesetengah kedai terutamanya yang menjual barangan kulit, tokehnya adalah rakyat
Pakistan.
Selain itu, rakyat
Indonesia tanpa ‘segan silu’ menjual makanan seperti keropok, kuih, goreng pisang
dan lain-lain dengan menggunakan kereta sorong di kaki-kali lima sepanjang
Jalan Tunku Abdul Rahman.
Rakyat India, Pakistan
dan Bagladesh pula menguasai perniagaan di sepanjang Jalan Masjid India. Ketika
dalam perjalanan ke Masjid Jamek, aku dapati ramai rakyat Indonesia memiliki kedai
sendiri di tapak-tapak perniagaan yang disediakan khas oleh Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL).
Stesen
bas
Bangkok Bank dan stesen Bas Klang menjadi milik pendatang asing yang entah dari
mana datangnya.
Pasar Seni turut dikuasai
pendatang asing, manakala KL Central menjadi lokasi yang cukup sibuk buat warga
ini.
Kesimpulannya, Malaysia
kini sudah dijajah dan penjajahan kali ini turut melibatkan sosio ekonomi
rakyat di negara ini. Tidak hairanlah mengapa jenayah semakin berleluasa dan
wabak penyakit berjangkit semakin menukar sejak akhir-akhir ini.
Siapa yang harus
bertanggungjawab, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri
Kabinet, Ahli Parliman, Adun, Polis Diraja Malaysia, DBKL, Kastam, Jabatan
Imigresen, Agensi Keselamatan, Pihak Berkuasa Tempatan, Rela dan lain-lain…
No comments:
Post a Comment