01 March 2010

IRONMAN LANGKAWI 2010

25 Februari - 01 Mac 201
KEJOHANAN Ironman Langkawi 2010 merupakan tugasan luar daerah pertama aku sejak kembali bertugas di unit sukan Kosmo!, Januari lalu.

Pada awalnya, aku merasa janggal untuk melakukan tugasan ini kerana sudah setahun tidak membuat liputan secara terus dari tempat kejadian.

   Pantai Cenang, Langkawi

Selain menimba pengalaman baru dan bertemu rakan lama serta baru, aku juga dapat 'mengasah' kembali bakat yang ada dalam diri aku sepanjang empat hari berada di pulau bebas cukai itu.

Bagaimanapun, tugasan luar daerah pertama ini benar-benar menguji kesabaran aku. Bukan cabaran untuk mendapatkan berita yang menjadi masalah utama aku. Tetapi bisul di pipi kiri aku ini telah menyukarkan aktiviti harian aku.

Sepanjang berada di Langkawi, aku terpaksa menanggung sakit kerana bisul yang tumbuh di pipi kiri aku ini semakin hari menjadi semakin membesar.

Namun, aku bersyukur kerana kesakitan ini tidak sesekali mematahkan semangat aku untuk melaksanakan misi itu dengan jayanya.

Dalam keadaan sakit ini juga aku sempat meluangkan masa 'bersiar-siar' di Pantai Cenang bersama rakan-rakan media iaitu Idora (ESPN), Roslan (ESPN), Farhan (Bernama), Nasarudin (Bernama) dan Hazreen (Bernama).

Sebaik menjejakkan kaki ke LCCT, aku terus pergi ke klinik tetapi doktor yang aku temui itu tidak mencadangkan aku pergi ke Hospital Pakar Seremban (KPJ) untuk membuat pembedahan kecil membuang bisul itu.

Kira-kira pukul 4 petang pada 2 Mac lalu, aku selamat menjalami pembedahan dan telah ditahan wad selama tiga hari.

Aku tidak berasa sakit ketika melakukan pembedahan kerana aku telah diberi ubat bius yang membuatkan aku tidak sedarkan diri tetapi hanya Allah yang tahu bagaimana sakitnya pipi aku ketika melakukan 'dressing' untuk mencuci luka itu.

Lima hari kemudian, aku telah bertemu semula doktor Shah, doktor pakar yang merawat aku di KPJ untuk menjahit luka itu.

No comments:

Post a Comment

Sisi Tersembunyi Allahyarham Datuk Baharom Mahusin

“SEUMUR hidup saya, saya tidak pernah berasa susah seperti ini.” Kata-kata ini masih segar dalam ingatan saya meskipun sudah lebih tiga t...