14 January 2011

Daulat Tuanku

BEST jugak cuti rehat mingguan (off day) pada hari Jumaat ni. Tak payak nak bangun pagi, nak terkejar-kejar pergi sembahyang Jumaat dan bergegas ke tempat kerja.

Bolehlah aku meluangkan lebih banyak masa untuk beribadat. Insyaallah (sambil nyanyi lagu Maher Zain).

Untuk pengetahuan semua, hari ini adalah hari dan tahun pertama aku off day pada hari Jumaat dan Sabtu. Off day berganda pertama selepas setahun aku off day pada hari Selasa dan Sabtu.

Daulat Tuanku
Hari ini cukup bertuah. Dalam kalendar Islam, Jumaat dianggap sebagai penghulu segala hari. Selain itu, hari ini juga merupakan Hari Keputeraan ke-63 Yang di- Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Jadi, hari ini diberikan cuti umum buat seluruh rakyat di Negeri Sembilan termasuklah aku (walaupun bekerja di Kuala Lumpur). Sempena cuti umum, anak-anak aku tak sekolah dan isteri aku tak kerja.

Sudah tentu aku tidak akan melepaskan peluang keemasan ini. Aku mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Mesti ada yang jelous….

Aku anggap semua ini sebagai satu permulaan yang baik buat aku untuk menghadapi cabaran yang dijangka lebih getir tahun ini. Semoga perjalanan hidup aku dipermudahkan dan mendapat keberkatan.

Bagaimanapun, aku berasa sedikit terkilan selepas aku mengetahui perubahan jadual kerja pada tahun 2011 ini dibuat bagi memenuhi permintaan seorang individu di unit tempat aku bekerja.

Umpama seperti rombakan ‘Kabinet’ ini dibuat atas desakan seorang ‘Ahli Parlimen’ yang pro kerajaan. Perubahan dasar ini dibuat tanpa mengadakan perbincangan dan mendapat persetujuan daripada ‘Ahli Parlimen’ yang lain.

Sungguh tidak adil. Kesian pada mereka yang terinaya. Bagi aku, aku tidak kisah. Aku tak ada kepentingan peribadi. Aku ikut jer. Selagi tidak menjejaskan reputasi aku, aku tidak akan membantah.

Tapi bagaimana dengan mereka yang lain…..

2 comments:

  1. Dino..gua penah dok N9 dkt 4 tahun..bleh dikira wareh ker..bleh sambut tak Hari Keputeraan ke-63 Yang di- Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir nie...???

    ReplyDelete
  2. Zaidi, no, no, no. Meskipun kau duduk N9 dekat 10 tahun, kau sesekali tidak dianggap sebagai budak negori. Org negori semuanya ada suku, masuk suku jer. Tapi kau dah masuk penuh, sambil makan ketam di balkoni, hahahaha...

    ReplyDelete

Sisi Tersembunyi Allahyarham Datuk Baharom Mahusin

“SEUMUR hidup saya, saya tidak pernah berasa susah seperti ini.” Kata-kata ini masih segar dalam ingatan saya meskipun sudah lebih tiga t...